Sembilan Pekerja Kemanusiaan Maut Diserang Militan

Diterbitkan: Selasa, 2 Jun 2015 3:19 PM

(Ubah saiz teks)

MAZAR-I-SHARIF: Sembilan pekerja warga Aghanistan yang berkhidmat untuk Organisasi bantuan Czech terkorban apabila kumpulan militan bertindak menyerang rumah tamu di utara negara itu pada awal pagi Selasa.

Timbalan Ketua Polis wilayah, Abdul Razaq Qaderi berkata sembilan yang terkorban merupakan pekerja bantuan dan pengawal keselamatan.

"Mereka yang terkorban di daerah Zari wilayah Balkh adalah tujuh pekerja bantuan yang terdiri daripada enam lelaki dan seorang perempuan dan juga dua lagi pengawal keselamatan," kata Abdul Razaq.

Abdul Razaq juga menyalahkan kumpulan militan Taliban berikutan serangan tersebut.

Mangsa-mangsa serangan merupakan pekerja bagi organisasi Orang yang Memerlukan (PIN), sebuah organisasi Republik Czech yang menghulurkan bantuan kemanusiaan di Afghanistan sejak 2001.

"Malang bagi kami apabila seorang lelaki bersenjata yang tidak dikenali menyerang rumah tamu kami di Zari dan mengorbankan sembilan pekerja kami," katanya.

Setakat ini tiada kumpulan yang tampil untuk bertanggungjawab atas serangan tersebut. Bagaimanapun serangan tersebut merupakan tanda kumpulan militan Taliban memperhebatkan lagi serangan mereka walaupun rundingan berulang kali diadakan oleh pihak kerajaan mengenai perbincangan rundingan damai.

Pekerja bantuan antarabangsa kini menjadi sasaran serangan di Afghanistan walaupun kumpulan militan Taliban menyokong polisi rasmi yang menolak serangan ke atas pekerja kemanusiaan.

Serangan ini berlaku beberapa minggu selepas serangan yang mengorbankan 14 pekerja bantuan di rumah tamu di pusat bandar Kabul yang menjadi tempat kediaman pekerja bantuan antarabangsa.


Tags / Kata Kunci: MAZAR-I-SHARIF , Afghanistan

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan