Ahli Parlimen Tonton Video Lucah

Diterbitkan: Isnin, 1 Jun 2015 1:31 PM

Rodrigues dirakam sedang asyik menonton video lucah ketika sidang Dewan membahaskan usul berkaitan pilihan raya Brazil.

(Ubah saiz teks)

BRASILIA: Ketika rakanya sibuk membahaskan isu berkaitan rakyat dan negara, seorang anggota Parlimen Brazil dirakam menonton video lucah.

Joao Rodrigues menontonnya ketika Parlimen sibuk membahaskan usul membaharui sistem pilihan raya.

Lebih menarik lagi apabila dia turut membenarkan anggota Parlimen lain menonton video itu.

Gelagat Rodrigues itu dirakam seorang anggota Dewan lain.

Menerusi rakaman itu, Rodrigues dari Parti Demokratik Sosial dilihat menonton video itu menerusi telefon bimbitnya di bawah mejanya.

Rodrigues menjelaskan menerusi Facebooknya, dia menerima video itu menerusi kumpulan WhatsApp dan berhasrat memadamkannya.

“Saya mempunyai hampir 100 kumpulan WhatsApp. Saya menemui filem berkenaan daripada satu daripada kumpulan itu. Saya cuba memadamkannya apabila ada anggota lain di belakang merakam perbuatan saya itu,” katanya.

Tags / Kata Kunci: Brazil , Joao Rodrigues , lucah

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan