19 Penumpang Bas Maut Serangan Lelaki Bersenjata Di Pakistan

Diterbitkan: Sabtu, 30 Mei 2015 8:25 AM

Penduduk tempatan membantu membawa seorang pemandu bas yang mengalami kecederaan di hospital di Quetta, Pakistan selepas sekumpulan lelaki bersenjata menembak mati penumpang sehingga mengakibatkan sekurang-kurangnya 19 terbunuh. Foto AFP

(Ubah saiz teks)

QUETTA (Pakistan): Sekurang-kurangnya 19 penumpang yang menaiki sebuah bas maut selepas ditembak oleh sekumpulan bersenjata yang memaksa kenderaan itu berhenti ketika ia dalam perjalanan dari Quetta di barat Pakistan ke Karachi, kata menteri dalam negeri di wilayah bergolak Baluchistan, di mana kejadian berlaku.

Selain itu, seorang lagi cedera dan lima terselamat tanpa sebarang kecederaan.

Serangan itu berlaku pada lewat malam Jumaat di bandar Mastung, kira-kira 40 kilometer dari Quetta.

"Kumpulan lelaki bersenjata memakai pakaian seragam pasukan keselamatan," kata Sarfaraz Bugti kepada Reuters.

Beliau berkata, sebanyak 19 mayat ditemui setakat ini.

Pegawai keselamatan berkata, kira-kira 25 penumpang menaiki dua bas dan satu operasi dimulakan untuk mencari mereka. 

Menurut pegawai keselamatan lagi, mayat-mayat ditemui dekat bukit berhampiran.

Bagaimanapun motif serangan mereka masih belum dipastikan.

Kumpulan pemisah dikatakan bertelingkah di kawasan bergolak di Baluchistan selama beberapa dekad. - REUTERS



iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan