Itali Selamatkan 4,200 Pendatang Di Laut Mediterranean

Diterbitkan: Sabtu, 30 Mei 2015 2:58 PM

Sekumpulan pendatang yang menaiki bot ke Eropah pada awal bulan ini. Foto AFP

(Ubah saiz teks)

ROM: Pihak berkuasa laut Itali berkata, kira-kira 4,200 pendatang yang menaiki bot merentasi di Laut Mediterranean diselamatkan pada Jumaat.

Ia berkata, pada masa sama sebanyak 17 mayat ditemui dalam beberapa bot usang dinaiki mereka.

Bilangan mereka yang diselamatkan dalam tempoh 24 jam itu merupakan yang tertinggi dalam tempoh beberapa tahun.

Setakat tahun ini sahaja, seramai 3,791 pendatang diselamatkan pada 12 April lalu dan 3,690 orang pada 2 Mei.

Pihak berkuasa Itali sebelum ini memberitahu bahawa keadaan sukar yang dihadapi pendatang di perairan ialah perubahan cuaca yang mendadak selain risiko kebuluran dan keganasan yang berlaku di dalam bot kerana sesak dengan muatan.

Operasi menyelamat pada Jumaat diketuai oleh pihak berkuasa laut Itali dan mendapat bantuan daripada kapal tentera laut Itali, Jerman dan Ireland yang berkhidmat di bawah naungan Frontex, agensi sempadan di Kesatuan Eropah (EU).

Secara keseluruhan, lebih 40,400 pendatang menaiki bot, dengan kebanyakan mereka melarikan diri dari negara bergolak seperti Syria dan Eritrea, tiba di Itali sejak awal tahun.

Menurut laporan Pertubuhan Antarabangsa bagi Migrasi (IOM), setakat tahun ini tidak termasuk jumlah yang diselamatkan pada Jumaat, kira-kira 1,770 migran maut semasa dalam perjalanan mereka yang berisiko ke Eropah. - AFP

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan