Nepal Hos Persidangan Penderma Bina Semula Kathmandu

Diterbitkan: Jumaat, 29 Mei 2015 5:15 PM

(Ubah saiz teks)

KATHMANDU: Nepal akan menjadi tuan rumah persidangan penderma di Kathmandu Jun ini bagi mengumpulkan dana untuk pembinaan semula dan pemulihan berikutan gempa bumi kuat yang menggegarkan negara Himalaya itu, pada 25 April lepas.

Gempa bumi itu mengakibatkan lebih 8,600 orang mati dan harta benda bernilai berbilion-bilion ringgit Malaysia rosak teruk.

Walaupun terdapat cadangan daripada beberapa negara untuk menjadi tuan rumah persidangan itu di luar Nepal, Majlis Menteri-menteri Nepal mengambil keputusan untuk mengadakan persidangan itu di ibu negerinya, Kathmandu pada 25 Jun depan.

Menteri Penerangan Dr Minendra Rijal yang juga jurucakap kerajaan berkata: "Persidangan itu akan berusaha untuk mengumpul lebih banyak sokongan dari masyarakat antarabangsa untuk pembinaan semula berikutan gempa bumi kuat dan gempa susulan.

"Ini kerana sumber Nepal sendiri tidak mencukupi (untuk mengharungi keadaan  sekarang)," katanya.

Tags / Kata Kunci: Kathmandu , Gempa Bumi

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan