1,826 Mati Kerana Panas di India

Diterbitkan: Jumaat, 29 Mei 2015 5:54 PM

(Ubah saiz teks)

NEW DELHI: Penduduk Delhi kini bukan sahaja berdepan dengan masalah gelombang haba yang sangat panas, mereka juga terpaksa menghirup udara dengan indeks kualiti (AQI) yang sangat parah dengan bacaan 219 pada Rabu lalu kepada 410 hari ini, dalam masa sehari.

Menurut media tempatan yang memetik para pegawai, pencemaran partikel halus (PM2.5) dan gas zon toksid tinggi (03) turut mencatat bacaan sangat tinggi, dengan para pakar memberi amaran bahawa partikel itu boleh masuk jauh ke dalam paru-paru manusia dengan pendedahan kepada 03 boleh serta-merta mencetuskan masalah pernafasan.

Mereka juga memberi amaran ia akan memburukkan masalah penyakit berkaitan paru-paru seperti lelah dan bronkitis kronik dan memanaskan saluran pernafasan sehingga merosakkan paru-paru, bergantung kepada tahap pendedahan.

"Ozon dan PM2.5 secara bersama boleh mencetuskan kacau-bilau kepada kesihatan orang ramai. Mereka yang terdedah kepada pencemaran, walaupun dalam masa yang singkat boleh menghadapi masalah pernafasan," kata Dr Sandeep Salvi yang juga ketua Yayasan Penyelidikan Dada di Pune.

Time of India memetik Dr Sandeep sebagai berkata pesakit lelah dan pulmonari obstruktif kronik (COPD) merupakan golongan berisiko tinggi.

Beliau berkata tahap 03 yang meningkat secara drastik berpunca daripada suhu melampau di Delhi.

Menurut Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) sejak awal tahun lalu New Delhi telah memintas Beijing sebagai bandar raya paling tercemar di dunia.

Para pakar meramalkan 03 akan terus pada tahap tinggi sehingga hujan berlaku di ibu kota India ini dan turut memberi amaran paras ultraunggu (UV) sudah melepasi standard selamat.

Para saintis berkata, ribut pada awal pagi Khamis menyebabkan PM10 (partikel pencemaran kasar) dan juga PM2.5 telah naik secara mendadak.

"Paras PM2.5 terlalu tinggi selepas pukul 5 pagi disebabkan ribut. Biasanya paras PM10 memuncak selepas ribut debu tetapi sekarang paras partikel halus turut meningkat," kata pengarah projek Sistem Kualiti Udara Penyelidikan.

Dalam perkembangan berkaitan angka kematian akibat gelombang haba yang terlalu panas meningkat kepada 1,826 dengan 414 kematian dicatat di Andhra Pradesh dan Telangana, Khamis.

Di Andhra Pradesh, angka kematian meningkat kepada 1,334 pada Khamis, 314 lebih ramai berbanding Rabu sementara di Telangana pada Khamis sebanyak 440 berbanding 340 pada Rabu.

Setakat ini 43 kematian dilapor di negeri Odisha, tujuh di Gujarat dan dua di Delhi. 

Tags / Kata Kunci: Panas , India

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan