Jakarta Cadang Benarkan Pelacuran

Diterbitkan: Khamis, 28 Mei 2015 11:47 AM

(Ubah saiz teks)

JAKARTA: Mengawal aktiviti pelacuran dengan 'membenarkan' pelacuran -- begitulah cadangan yang dilemparkan pemerintahan Daerah Pemerintah Provinsi Daerah Khusus Ibukota (DKI) Jakarta.

Akhbar tempatan melaporkan aktiviti pelacuran mungkin akan dibenarkan di beberapa buah kawasan di Jakarta sebagai usaha mengawal kegiatan pelacuran secara haram yang berlaku di bilik sewa dan apartmen.

Idea untuk 'melegalkan' aktiviti pelacuran dan mewujudkan 'pekerja industri seks' yang berdaftar itu ditimbulkan Gabenur Jakarta Basuki Tjahaja Purnama atau lebih dikenali sebagai Ahok, ekoran berlaku pelbagai kejadian tidak diingini, termasuk kes jenayah.

Selain itu kebenaran untuk aktiviti pelacuran di tempat tertentu juga dikatakan dapat mengawal kegiatan menawarkan perkhidmatan seks di kalangan remaja perempuan bawah umur.

Akhbar tempatan memetik Sekretaris Daerah Pemerintah Provinsi DKI Jakarta Saefullah sebagai berkata pihaknya sedang meneliti cadangan untuk melegalkan sebahagian bangunan di apartmen untuk dijadikan kawasan pelacuran.

Katanya idea melegalkan pelacuran itu hanya satu cadangan untuk mendapat reaksi pelbagai pihak dan Gabenur akan mengambil kira pandangan semua pihak sebelum melaksanakannya.

Aktiviti pelacuran di Jakarta dikatakan dilakukan secara haram di bilik sewa dan di apartmen mewah dan pelanggan boleh mendapat maklumat secara dalam talian serta media sosial.

Baru-baru ini seorang wanita muda berumur 26 tahun yang dipercayai menawarkan perkhidmatan seks menerusi laman sosial internet ditemui mati di dalam bilik sewanya dan dipercayai dibunuh oleh pelanggannya.

Pihak berkuasa juga telah membongkar kegiatan perkhidmatan seks remaja bawah umur menerusi sebuah laman sesawang setelah menyerbu sebuah apartmen mewah dan menyelamatkan kira-kira 10 remaja termasuk seorang yang sedang mengandung yang dijadikan pelacur untuk kelas atasan.

Bagaimanapun, idea Ahok itu dibantah Wakil Ketua Umum Majlis Ulama Indonesia Ma'ruf Amin yang dipetik media sebagai berkata cadangan melegalkan pelacuran adalah langkah yang salah dan menyimpang daripada ajaran syariat Islam.

"Maksiat itu harus diminimalkan bukan malah dilegalkan," katanya sambil menyeru semua pendakwah agar menggerakkan aktiviti kesedaran mengenai kesan buruk akibat pelacuran.

Tags / Kata Kunci: Jakarta , Pelacuran

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan