Lebih 1,000 Mati Akibat Cuaca Panas Di India

Diterbitkan: Rabu, 27 Mei 2015 7:19 PM

(Ubah saiz teks)

NEW DELHI: Angka kematian akibat gelombang panas di seluruh India kini telah mencecah lebih 1,000 orang dengan suhu maksimum sampai ke tahap 50 darjah Selsius di sesetengah tempat.

Kebanyakan mangsa korban dicatatkan di wilayah Telangana dan Andhra Pradesh, yang menyaksikan 1,118 kematian sejak seminggu yang lalu, demikian menurut laporan BBC.

BBC juga menyebut, 24 orang telah dicatatkan terkorban di Bengal Barat dan Orissa.

Gelombang panas telah melanda negeri-negeri di selatan India sejak pertengahan April, tetapi angka kematian meningkat dengan mendadak hanya beberapa minggu yang lalu.

Negeri yang paling teruk dilanda cuaca panas ialah Andhra Pradesh, yang menyaksikan suhu meningkat sehingga 47 darjah Selsius pada Isnin dan mencatatkan angka kematian paling tinggi iaitu seramai 852 orang.

Negeri bersebelahannya, Telangana, 266 orang disahkan terkorban setakat ini apabila suhu meningkat sehingga  48 darjah Selsius.

Tags / Kata Kunci: India , Telangana , Andhra Pradesh , BBC

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan