Lawatan Ke Penjara Strategi China Banteras Rasuah

Diterbitkan: Selasa, 26 Mei 2015 10:52 AM

(Ubah saiz teks)

BEIJING: Lawatan ke penjara dirangka pihak berkuasa China sebagai membanteras kegiatan rasuah di kalangan penjawat awamnya, demikian menurut akhbar China Daily.

Menerusi lawatan itu, pegawai kerajaan terlibat akan berpeluang menemui banduan termasuk di kalangan bekas rakan sekerja mereka sebagai amaran supaya tidak terlibat dengan rasuah.

Lebih 70 pegawai dan pasangan masing-masing di wilayah Hubei, tengah China meluangkan masa sehari di penjara baru-baru ini sebagai amaran dan pengajaran kepada mereka.

Pegawai kerajaan memberitahu, peserta lawatan itu berkesempatan menemui 15 bekas pegawai kerajaan yang sedang menjalani hukuman penjara.

China yang diperintah parti Komunis itu berikrar untuk membanteras rasuah dengan beberapa bekas pegawai kanan kerajaan turut disiasat sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Namun begitu, masih belum ada pembaharuan yang menyeluruh, manakala kawalan ketat media dan sistem kehakiman menyebabkan kempen itu berisiko digunakan untuk tujuan politik.

Akhbar itu memetik Suruhanjaya Pusat Pemeriksaan Disiplin (CCDI) sebagai menyatakan, lawatan ke penjara itu melibatkan pegawai kerajaan di seluruh negara.

“Ia akan mendorong mereka supaya lebih sedar akibat yang ditanggung jika terjebak dengan rasuah,” kata jurucakap CCDI. – AFP



Tags / Kata Kunci: rasuah , China , Hubei , penjara

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan