Askar Tunisia Tembak Diri Sendiri Selepas Tembak Tujuh Rakan

Diterbitkan: Isnin, 25 Mei 2015 10:11 PM

Ambulans tiba di tempat kejadian tembakan di berek tentera Bouchoucha di Tunis, Tunisia, Isnin. Seorang askar Tunisia melepaskan tembakan ke arah rakan-rakan di sebuah berek tentera di ibu negara Tunisia, membunuh tujuh orang dan mencederakan 10 yang lain, sebelum membunuh dirinya sendiri, menurut jurucakap Kementerian Pertahanan Tunisia. -fotoAP

(Ubah saiz teks)

SEORANG tentera Tunisia telah menembak dirinya sendiri selepas dia membunuh tujuh rakannya di sebuah markas tentera di Tunis, menurut Kementerian Pertahanan.

10 rakannya yang lain telah tercedera, seorang parah, dalam serangan pada satu majlis menaikkan bendera di berek tentera Bouchoucha.

Lelaki itu mempunyai masalah keluarga dan isu psikologi dan 'dilarang daripada menggunakan senjata', kata jurucakap kementerian, Belhassen Oueslati.

Beliau menyifatkan kejadian itu sebagai 'perbuatan terpencil, bukan perbuatan pengganas'.

Satu siasatan akan dijalankan bagi menentukan motif pembunuh, katanya.

Ouselati berkata askar terbabit menyerang seorang lelaki dengan pisau sebelum mengambil senapang mangsa dan menembak rakan-rakannya.

Pasukan keselamatan Tunisia telah berada dalam keadaan berjaga-jaga sejak lelaki bersenjata Muslim menyerang Muzium Bardo pada bulan Mac, membunuh 21 pelancong.

Kejadian tembak di markas itu, yang terletak berhampiran dengan muzium dan bangunan parlimen, mendorong pemindahan sekolah berhampiran.

Pasukan bantuan polis telah dihantar ke kawasan tersebut untuk mengawal jalan-jalan berdekatan, manakala helikopter berlegar di udara.
Tags / Kata Kunci: tentera Tunisia , tembak mati

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan