Gelombang Haba Ragut 335 Nyawa Di India

Diterbitkan: Ahad, 24 Mei 2015 6:16 PM

Beberapa pengunjung mandi beramai-ramai di Taman Air Jalavihar, Hyderabad, India kerana tidak tahan dengan cuaca panas terik yang melanda negara itu.

(Ubah saiz teks)

NEW DELHI: India kini berdepan fenomena gelombang haba yang buruk di kebanyakan bandar dengan 335 orang dilaporkan mati sejak tiga hari lalu dengan suhu paling panas dicatat di negeri Andra Pradesh dan Telangana.

Menurut Jabatan Meteorologi India (IMD) daerah Khammam di Andra Pradesh merekodkan suhu paling panas iaitu 48 darjah celsius, lebih tinggi daripada 47.2 darjah celsius yang dicatat di kawasan yang sama pada 1947.

Di negeri Andra Pradesh, 75 kematian dicatat sementara 60 dilapor mati di Telangana.

Menurut para pegawai di kedua-dua negeri, majoriti yang mati akibat keadaan itu ialah buruh.

Orang ramai diingatkan supaya sentiasa berada di dalam rumah dengan IMD meramalkan cuaca akan lebih buruk dalam tempoh beberapa hari lagi.

Gelombang haba dijangka melanda beberapa negeri yang lain awal esok di Madhya Pradesh, Vidarbha, Bihar dan Jharkhand, kata jabatan itu.

Stesen-stesen dan pusat peranginan atas bukit yang menjadi destinasi popular di kalangan rakyat India pada cuti musim panas juga mengalami suhu lebih 40 darjah.
Cuti musim panas di India bermula minggu lepas dan berakhir pertengahan Julai.

Agensi-agensi pelancongan di New Delhi melaporkan bilik-bilik penginapan di stesen-stesen bukit hampir habis ditempah untuk tempoh beberapa minggu akan datang.

Akhbar tempatan Times of India pula melaporkan dengan suhu sekitar 45 darjah, kebanyakan kawasan di Rajasthan dan Jaipur menghadapi masalah kekurangan bekalan air yang serius.

Dalam perkembangan berkaitan di sini Sabtu, suhu mencecah 46.2 darjah celsius.

Pada pukul 2 petang Ahad (waktu tempatan) mencatat suhu maksimum 45.2 celsius yang dicatatkan IMD.

Keadaan menjadi lebih buruk dan sukar kepada penduduk Delhi berikutan masalah bekalan elektrik yang sering terputus.

Bagaimanapun, sedikit kelegaan berikutan ramalan IMD akan berlakunya ribut debu dan ribut petir di beberapa kawasan di bandar raya ini pada Isnin.

Tags / Kata Kunci: gelombang haba , India

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan