Jurutera Bunuh Diri Anggap Punca Nahas AirAsia - Berita Dunia | mStar

Jurutera Bunuh Diri Anggap Punca Nahas AirAsia

Diterbitkan: Sabtu, 23 Mei 2015 12:57 PM

(Ubah saiz teks)

SEORANG jurutera pesawat di Britain bertindak membunuh dirinya sendiri kerana menganggap dia sebagai penyebab nahas pesawat AirAsia, QZ8501 yang mengorbankan 128 nyawa pada 28 Disember tahun lalu.

Gavin Price Jones, 37, terlalu taksub bahawa dia perlu bertanggungjawab terhadap kemalangan yang melibatkan pesawat Airbus A320 itu.

Hal tersebut didedahkan isteri Jones, Louise, yang menemui lelaki itu tergantung di rumah mereka di daerah Saltney, Januari lalu.

Menurutnya, Jones turut meninggalkan sekeping nota yang menjelaskan tindakannya itu.

Jones merupakan jurutera sebuah syarikat di Flintstone dan sebelum itu mengendalikan projek Airbus 320; jenis pesawat yang sama dengan pesawat AirAsia yang terhempas di Laut Jawa.

Sejak itu, kata Louise, suaminya itu menjadi obses dan percaya kesilapan dirinya menyebabkan pesawat berkenaan terhempas dan mengorbankan ratusan nyawa.

Louise cuba membawa Jones bertemu pakar kaunseling dan psikiatri, namun semuanya tidak berhasil.

Pujukan rakan-rakan yang cuba meyakinkannya bahawa apa yang terjadi bukan kerana kesilapannya, turut tidak berkesan.

Ibu Jones, Susan memberitahu anaknya ada menyatakan kebimbangan terhadap bencana udara kira-kira seminggu sebelum dia membunuh diri.

"Dia ada bercakap tentang perkara ini dan ketika itu saya tahu dia mengalami tekanan jiwa dan sakit," katanya.

Tambahnya, kali terakhir mereka berhubung ialah pada pagi sebelum kematian anaknya itu yang mengajaknya minum kopi.

"Dia mengirimkan mesej mengajak saya minum kopi bersama, namun saya menolak kerana ingin berjalan-jalan dahulu. Selepas itu saya cuba hubunginya semula namun tidak berjawab sehingga dimaklumkan tentang kejadian tersebut," ujarnya.

Tags / Kata Kunci: AirAsia
   

iklan

Video

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Khamis, 5 Julai 2018 7:02 PM

Ngeri! Nampak kaki dalam beg baju

Kolumnis

iklan

Iklan