Sepanyol Beri Permit Sementara Budak Diseludup Masuk Guna Beg Pakaian

Diterbitkan: Jumaat, 22 Mei 2015 11:02 AM

Adou Ouattara cuba diseludup masuk ke Sepanyol menggunakan beg pakaian.

(Ubah saiz teks)

MADRID: Kerajaan Sepanyol memberi permit penempatan sementara kepada seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun dari Ivory Coast yang cuba diseludup masuk ke negara itu oleh seorang wanita menggunakan sebuah beg pakaian. 

Adou Ouattara ditemui ketika pihak berkuasa membuat imbasan pada sebuah beg pakaian pada 7 Mei lalu di Ceuta, sebuah bandar di Sepanyol.

Pejabat Kementerian Dalam Negeri berkata, permit penempatan sementara untuk budak itu dikeluarkan untuk tempoh setahun.

Imej budak itu dalam beg pakaian berkenaan ketika diimbas polis mengejutkan ramai pihak.

Tindakan tersebut menunjukkan sikap terdesak kumpulan migran untuk masuk ke Eropah. 

Ibu bapa budak itu tinggal secara sah di Sepanyol.

Namun bapa kepada budak itu ditahan atas dakwaan pencabulan hak asasi manusia kerana cuba menyeludup masuk anaknya.

Peguam Francesco Luca Caronna bagaimanapun berkata bapa budak itu langsung tidak tahu mengenai rancangan membawa masuk anaknya di dalam beg pakaian.

Beliau mengingatkan anaknya itu akan dibawa masuk menerusi kereta menggunakan visa yang sudah diperoleh. 

Justeru, peguam itu yakin hakim akan menerima penjelasan bapa budak itu sekali gus membebaskannya supaya keluarga itu dapat disatukan semula.

Buat masa ini, kanak-kanak itu masih di bawah jagaan pusat perlindungan kanak-kanak di Ceuta.

Seorang wanita warga Maghribi yang membawa budak itu di dalam beg pakaian turut ditahan bagi membantu siasatan.


Tags / Kata Kunci: seludup , beg pakaian , Sepanyol , Adou Ouattara

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan