MH370: 15 Bulan Berlalu, Pencarian Masih Buntu

Diterbitkan: Khamis, 21 Mei 2015 11:08 AM

(Ubah saiz teks)

KEHILANGAN pesawat Malaysia Airline masih misteri dan pasukan pencarian terpaksa mengembangkan lagi kawasan pencarian dalam usaha untuk menemukan pesawat tersebut.

Berikutan usaha mencari penerbangan MH370 yang hilang selama setahun, pihak penyiasat mengakui bahawa usaha mencari pesawat tersebut memerlukan lebih banyak masa kerana mereka gagal untuk menemui sebarang petunjuk setakat ini.

Pihak penyiasat masih gagal untuk mencari kesan pesawat yang membawa 239 penumpang sejak usaha pencarian dimulakan tahun lalu.

Pihak berkuasa kini telah menggandakan pasukan mencari pesawat tersebut ke kawasan seluas 120,000 kilometer persegi di selatan Lautan Hindi.

Pakar menjelaskan ianya mustahil untuk menemui pesawat yang hilang di kawasan pencarian tersebut yang merupakan enam kali ganda saiz negara Wales.

Misi pencarian pesawat MH370 sudah memasuki bulan yang ke-15 setelah dilaporkan hilang pada 8 Mac tahun lalu.

Kerajaan Australia dan Malaysia mengetuai misi pencarian pesawat yang hilang ketika dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing.

Kenyataan dari Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC) dan Biro Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB) menjelaskan, pelan pencarian telah diubah untuk meneruskan misi pada musim sejuk serta untuk memastikan seluruh kawasan 120,000 kilometer persegi di selatan Lautan Hindi diterokai dengan cepat dan berkesan.

"Pencarian di kawasan yang diperluaskan telah dimulakan dengan memberi tumpuan di arah selatan untuk mengambil kesempatan terhadap keadaan cuaca di kawasan tersebut.

"Keselamatan pasukan pencarian juga menjadi keutamaan.

"Nasihat pakar menerangkan kebarangkalian tertinggi untuk mencari pesawat tersebut adalah dalam kawasan carian 120,000 kilometer persegi dan mustahil untuk kami mencari pesawat yang hilang itu diluar kawasan tersebut," kata wakil itu.


Tags / Kata Kunci: MH370 , MAS

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan