'Kekasih' Putin Hamil

Diterbitkan: Khamis, 21 Mei 2015 11:11 AM

Badan Kabaeva (gaun merah) kelihatan berisi.

(Ubah saiz teks)

SEKEPING gambar bekas atlet gimnas, Alina Kabaeva, 32, yang didakwa sebagai 'kekasih' Presiden Rusia, Vladimir Putin memperlihatkan badannya yang sedikit berisi.

Kabaeva yang pernah beraksi di Sukan Olimpik membuat penampilan pertama di khalayak ramai dalam minggu ini sekali gus mencetuskan spekulasi bahawa dia sedang hamil.

Media di Rusia melaporkan badan Kabaeva kelihatan lebih besar daripada biasa, menguatkan lagi khabar angin dia sedang mengandung yang tersebar pada Februari lalu.

Kabaeva di zaman kegemilangannya dalam sukan gimnas.

Dia tampil pada pertandingan gimnastik di Moscow sempena ulang tahun berakhirnya Perang Dunia Kedua.
Pasukan gimnastik tersebut berpakaian ala tentera semasa pertandingan itu.

Media di Rusia melaporkan bekas gimnas berusia 32 tahun itu sedang mengandung atau baharu sahaja melahirkan anak.

Wanita itu memakai gaun lebih besar, berbeza dengan selera fesyen semasanya.

Media mendakwa Kabaeva cuba untuk menyembunyikan bentuk badannya yang sebenar.


Tags / Kata Kunci: Vladimir Putin , gimnas , hamil

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan