Dua Gempa Susulan Landa Kathmandu Khamis

Diterbitkan: Khamis, 21 Mei 2015 10:30 PM

Nepal masih berusaha untuk menangani kesan gempa bumi yang melanda hampir sebulan lalu.

(Ubah saiz teks)

KATHMANDU: Dua gempa susulan berukuran 4.2 dan 4 pada skala Richter melanda Nepal pada tengah hari Khamis.

Menurut Pusat Seismologi Kebangsaan (NSC), gempa susulan yang pertama berpusat di Dolkha sementara gempa susulan kedua berpusat di Nuwakot, kira-kira 30 kilometer ke utara Kathmandu.

Tiada kerosakan terbaru dilaporkan setakat ini, menurut Kementerian Dalam Negeri Nepal.

Gegaran itu merupakan gempa susulan kepada gempa bumi kuat pada 25 April berukuran 7.9 yang menggegarkan Nepal, kata ahli seismologi NSC, Som Prasad Sapkota.

Kadar kekuatan gempa susulan itu secara beransur-ansur telah menurun sejak gempa susulan kuat berukuran 7.3 menggoncang Nepal pada 12 Mei, katanya dan menurutnya gempa susulan mungkin berlaku beberapa kali lagi.

Lebih 670 gempa susulan direkodkan setakat ini sejak gempa bumi kuat pada 25 April dengan 251 daripadanya mempunyai magnitud 4.

Lebih 8,600 orang terkorban dalam gempa bumi pada 25 April dan gempa susulan pada 12 Mei.

Lebih 17,000 orang cedera, lebih 400,000 rumah rosak sementara kerosakan harta benda dianggarkan berbilion-bilion dolar (berbilion ringgit Malaysia).

Kerajaan Nepal menganggarkan kos untuk membina semula bangunan dan struktur yang rosak ialah US$40 bilion dan telah memohon bantuan daripada masyarakat antarabangsa.

Nepal bercadang untuk menyiapkan kerja-kerja membangunkan semula kemudahan itu dalam tempoh lima tahun.

Kerajaan Nepal telahpun menggerahkan Tentera Nepal untuk menjalankan kerja-kerja pemulihan dan pembangunan semula di kawasan-kawasan yang dilanda gempa bumi.-- Bernama



Tags / Kata Kunci: Nepal , gempa

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Kolumnis

iklan

Iklan