Myanmar Sedia Bantuan Kemanusiaan Kepada Pelarian Terkandas Di Laut

Diterbitkan: Rabu, 20 Mei 2015 12:05 PM

Sekumpulan pelarian yang menaiki bot di perairan dekat Pulau Koh Lipe, Thailand. Foto REUTERS

(Ubah saiz teks)

YANGON: Myanmar pada Rabu menegaskan sanggup menyediakan bantuan kemanusiaan kepada pelarian yang terkandas di laut ketika beberapa negara jirannya di Asia Tenggara mengadakan pertemuan bagi membincangkan mengenai krisis migran yang melanda rantau itu.

Menurut kenyataan kementerian luar Myanmar, negara itu "berkongsi kebimbangan" masyarakat antarabangsa dan menyediakan bantuan kemanusiaan bagi mereka yang 'menderita' di laut.

Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) memberi amaran kepada beribu-ribu pelarian termasuk di kalangan masyarakat minoriti Myanmar, Rohingya yang terkandas di perairan. - AFP


Tags / Kata Kunci: Myanmar , pelarian

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan