Thailand Adakan Pungutan Suara Mengenai Perlembagaan Baharu, Tangguh Pilihan Raya

Diterbitkan: Selasa, 19 Mei 2015 11:55 PM

(Ubah saiz teks)

BANGKOK: Berikutan pungutan suara yang akan diadakan mengenai perlembagaan baharu Thailand, pilihan raya umum negara itu yang dijangka diadakan awal tahun depan, pasti akan tertunda.

Setelah berlangsung mesyuarat tiga jam antara Kabinet dan Majlis Keamanan dan Ketenteraman Awam (NCPO), junta tentera dan Kabinet Thailand bersetuju agar kelulusan muktamad terhadap perlembagaan negara ini, diserahkan kepada rakyat.

Perdana Menteri Jen Prayuth Chan-ocha berkata dalam mesyuarat pada Selasa, anggota Kabinet dan NCPO bersetuju membuat pindaan terhadap piagam sementara bagi membolehkan satu pungutan suara diadakan berhubung perlembagaan yang dicadangkan itu.

Pungutan suara mungkin diadakan pada Januari tahun depan sekiranya Majlis Pembaharuan Negara menerima draf piagam berkenaan, kata Wissanu Krea-Ngam, Timbalan Perdana Menteri yang bertanggungjawab bagi Hal Ehwal Undang-undang.

"Terdapat pro dan kontra apabila mengadakan pungutan suara.

"Sisi positif bagi pungutan suara ialah ia mencerminkan itulah perlembagaan yang diinginkan rakyat dan ia menjadikan perlembagaan itu sesuatu yang benar-benar sah.

"Sisi negatifnya pula termasuk bajet besar iaitu sebanyak tiga bilion baht diperlukan untuk mengadakan pungutan suara, penangguhan pilihan raya dan kemungkinan berlaku perbalahan antara kumpulan yang bersetuju dan menentang perlembagaan baharu itu," katanya.

Kira-kira 47 juta pemilih layak mengundi dalam pungutan suara itu.

Wissanu berkata salinan deraf perlembagaan itu akan dihantar kepada rakyat di seluruh negara untuk membolehkan mereka menimbang pro dan kontranya sebelum membuat keputusan.

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan