Lapan Maut Dalam Nahas Helikopter Amerika Syarikat Di Nepal

Diterbitkan: Sabtu, 16 Mei 2015 10:25 PM

Tentera Nepal tiba di Lapangan Terbang Kathmandu selepas menemui serpihan helikopter marin Amerika Syarikat hilang Selasa lalu.

(Ubah saiz teks)

KATHMANDU: Kesemua enam pegawai Marin Amerika Syarikat (AS) dan dua anggota Tentera Nepal maut apabila sebuah helikopter Tentera Udara AS yang dinaiki mereka terhempas dekat sini.

Serpihan bangkai helikopter UH-1Y Huey itu dijumpai berselerak pada ketinggian 11,200 kaki di timur laut kawasan bukit Kalinchok, kira-kira 50 kilometer (km) ke timur Kathmandu dan kesemuanya ditemukan terbunuh, kata Mejar Jeneral Binoj Basnyat dari Tentera Nepal.

Bangkai helikopter Tentera AS itu dijumpai di kawasan nahas hampir 68 jam selepas pesawat itu dilaporkan hilang.

Selepas menerima maklumat daripada penduduk tempatan, Tentera Nepal menugaskan sebuah helikopter Lancer dan Ecureuil ke kawasan nahas. 

"Sejurus selepas lokasi nahas dikesan, pasukan lima anggotaTentera Nepal tiba di kawasan itu tetapi cuaca buruk dan angin kencang menghalang mereka daripada mengeluarkan mayat-mayat mangsa yang rentung,"kata Basnyat.

Helikopter Tentera AS itu dilaporkan hilang pada Selasa dari Dolkha semasa menjalankan misi kemanusiaan menyelamatkan mangsa gempa bumi di negara itu.

Punca sebenar nahas belum dikenal pasti tetapi laporan awal membayangkan ia mungkin akibat kesilapan manusia.

Bagaimanapun, Basnyat enggan mengulas namun berkata "ia hanya akan dikenalpasti selepas siasatan".

Gempa bumi yang menggegarkan Nepal pada 25 April dan 12 Mei lepas telah mengorbankan sekurang-kurangnya 8,500 orang dan mencederakan lebih 15,000 orang selain merosakkan harta benda bernilai berbilion dolar.

AS telah menghantar satu pasukan tenteranya untuk membantu Nepal dalam operasi menyelamat.

Tags / Kata Kunci: Helikopter As , terhempas

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan