Tentera Pakistan Serang Taliban, 17 Terbunuh

Diterbitkan: Jumaat, 15 Mei 2015 5:19 PM

(Ubah saiz teks)

ISLAMABAD: Sekurang-kurangnya 17 militan terbunuh dalam satu serangan udara yang dilakukan oleh tentera Pakistan di kawasan puak pemisah yang bersempadan dengan Afghanistan pada Jumaat, lapor pegawai keselamatan.

Serangan tersebut berlaku dua hari selepas pembunuhan 45 golongan minoriti Islam Syiah Ismaili di bandar terbesar di negara tersebut, Karachi yang didakwa dilakukan oleh Kumpulan Negara Islam (IS) dan puak Taliban Jundullah, yang dikatakan bersekutu dengan IS.

Pesawat tentera udara menyasarkan kawasan persembunyian anggota militan di sempadan Afghanistan iaitu sebuah pergunungan hutan tebal sekitar kawasan Wareka Mandi daerah Shawal, utara Waziristan iaitu wilayah puak, 65 kilometer (40 batu) dari barat ibu kota Miranshah.

"Pesawat tentera udara melancarkan serangan di kawasan berhampiran sempadan Afghanistan sehingga menyebabkan sekurang-kurangnya 17 militan terbunuh.

"Tiga kawasan serta lima kenderaan turut musnah dalam serangan itu," lapor pegawai keselamatan Miranshah kepada AFP.

Menurut pegawai tersebut, kesemua militan yang terbunuh terdiri daripada warga Uzbekistan dan Afghanistan serta ahli kumpulan pejuang kebangsaan, Tehreek-i-Taliban Pakistan (TTP).

Selain itu, dua penduduk tempatan turut mengesahkan serangan tersebut.

Pegawai kanan tentera yang berpangkalan di Peshawar berkata, mereka tidak berada di kawasan tersebut semasa serangan berlaku bagi mengesahkan jumlah kematian sebenar, tetapi yang pasti, serangan tersebut berlaku di kawasan itu.

Kawasan serangan yang terhad dan tidak terbuka kepada wartawan untuk dimasuki menyukarkan keadaan dengan tidak mengetahui bilangan serta identiti militan yang terbunuh.

Serangan yang dilancarkan pada Rabu terhadap golongan minoriti Syiah Ismaili Islam merupakan serangan kedua terbesar di Pakistan pada tahun ini selepas 62 syiah Islam terbunuh dalam satu letupan bom lewat Januari.

Menurut jurucakap rasmi wakil komuniti dan hospital, angka kematian yang tercatat seblum ini adalah seramai 44 orang malah meningkat kepada 45 selepas seorang mangsa meninggal dunia akibat kecederaan parah.

Tambahnya lagi, serangan tersebut merupakan serangan utama sejak militan Taliban menyerang sebuah sekolah di bandar Peshawar serta mengakibatkan seramai 153 mangsa terbunuh dan kebanyakkannya terdiri daripada kanak-kanak pada Disember tahun lalu.

Lebih satu dekad Pakistan bermatian-matian bertarung dengan pemberontakan penduduk tempatan sejak pencerobohan berlaku yang diketuai Amerika Syarikat di Afghanistan pada 2001.

Sementara itu, tentera Pakistan telah melancarkan kempen menentang Taliban serta kubu militan yang lain di kawasan puak utara Waziristan sejak Jun tahun lalu malahah pihak berkuasa turut berikrar untuk memperhebatkan lagi operasi di kedua-dua kawasan sempadan serta seluruh negara.

Tags / Kata Kunci: Pakistan , Peshawar

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan