Dua Lagi Kem Seludup Manusia Ditemui

Diterbitkan: Rabu, 13 Mei 2015 10:58 AM

Dua lagi kem yang dipercayai baru dibina ditemui polis Thailand.

(Ubah saiz teks)

PADANG BESAR: Dua lagi kem yang digunakan sindiket penyeludupan manusia ditemui di sebuah hutan di sini yang terletak berhampiran sempadan Malaysia, menurut Amphon Buarubporn.

Komander Polis Wilayah Songkhla itu berkata, siasatan mendapati salah sebuah kem itu baru ditinggalkan, manakala di kem berasingan, satu rangka manusia ditemui.

“Penemuan ini menunjukkan kumpulan penyeludup ini sedang melarikan diri bersama pendatang yang mereka tahan,” katanya.

Amphon turut menyertai anggota polis bersama wartawan pergi ke gunung Khao Kaew iaitu lokasi kem itu ditemui.

Anggota polis merobohkan lapan pondok yang dibina di kem berkenaan.

Pemeriksaan mendapati pondok itu berkenaan dibina menggunakan kayu yang baru dipotong, manakala sejumlah pakaian ditinggalkan menunjukkan kem itu baru beroperasi.

Penemuan itu susulan operasi besar-besaran polis Thailand bagi memburu sindiket penyeludupan manusia selepas 26 mayat ditemui di kawasan hutan itu pada minggu lalu. 


Tags / Kata Kunci: Thailand , Songkhla , Amphon Buarubporn

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan