48 Nyawa Melayang Akibat Gempa Kedua Nepal

Diterbitkan: Rabu, 13 Mei 2015 11:17 AM

(Ubah saiz teks)

HAMPIR 50 dilaporkan terkorban dan 1,000 lagi mengalami pelbagai kecederaan dalam kejadian gempa bumi kedua yang melanda Namche Bazar, Nepal pada Selasa.

Ini merupakan gempa bumi kedua selepas bencana sama yang mengorbankan 8,000 nyawa pada 25 April lalu.

Menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS), gempa bumi berukuran 7.4 skala richter itu berlaku di kawasan barat 68 kilometer dari Namche Bazar.

Lima gegaran berukuran 5.6 sehingga 6.3 magnitud juga berlaku susulan gempa bumi tersebut.

Pusat Operasi Kecemasan Kebangsaan Nepal melaporkan, sekurang-kurangnya 48 orang terbunuh dalam gempa bumi itu dan angka kematian dijangka meningkat.

Menurut laporan yang diterima, seramai 26 terkorban di daerah Dolakha yang merupakan antara daerah yang terjejas teruk akibat gempa bumi pertama.

Di utara India, seramai 17 orang telah dilaporkan terkorban akibat gempa bumi kedua itu.

Jurucakap Pertubuhan Antarabangsa bagi Migrasi, Paul Dillon berkata, pasukan penyelamat telah memulakan operasi melalui bandar-bandar kecil.

Chautara dijadikan pusat bantuan kemanusiaan berikutan gempa bumi pertama dan berpuluh-puluh sukarelawan berada di sana untuk mengagihkan pelbagai bantuan ke luar bandar.

Lapangan terbang di Kathmandu yang menjadi hab pengangkutan bagi bantuan antarabangsa terpaksa ditutup sementara, manakala trafik sesak di laluan ke kawasan tersebut.

Pegawai Tabung kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu(UNICEF), Rose Foley berkata, gegaran yang berlaku di Kathmandu seperti tidak berhenti-henti.

"Saya rasa seperti berada di dalam bot di laut yang bergelora," kata Foley.

Seorang warganegara Nepal, Sulav Singh merasakan dia akan terkorban dalam kejadian terbaharu itu kerana kesannya yang kuat.

"Keadaan di negara ini hampir kembali seperti biasa tetapi gempa bumi kedua pula berlaku," kata Sulav.




Tags / Kata Kunci: Nepal , gempa bumi , Namche Bazar

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan