Anggota Kabinet Perlu Beri Ruang Rakyat Jalani Kehidupan Sebaik Mungkin - Cameron

Diterbitkan: Rabu, 13 Mei 2015 11:45 AM

Cameron ketika mempengerusikan mesyuarat kabinet pertamanya, Selasa.

(Ubah saiz teks)

LONDON: Perdana Menteri Britain, David Cameron memberitahu barisan anggota kabinetnya supaya menyasarkan untuk memberi peluang kepada rakyat negara itu untuk menjalani kehidupan sebaik mungkin.

Ketika mempengerusikan mesyuarat kabinet pertamanya, beliau turut menggariskan pelan untuk mewujudkan dua juta pekerjaan, membantu rakyat menguruskan penjagaan anak, melakukan pembaharuan terhadap aspek kebajikan dan menyediakan lebih banyak peluang latihan.

Ketika mengumumkan anggota kabinetnya pada Selasa, Cameron mengekalkan sejumlah menteri yang bersamanya pada penggal lalu.

Selain itu, Cameron juga melantik beberapa wanita bagi memenuhi janji satu pertiga kabinetnya akan terdiri daripada golongan itu.

Pada pilihan raya minggu lalu, parti Konservatif pimpinannya memperoleh majoriti mudah di Parlimen untuk kali pertama dalam tempoh hampir 20 tahun, suatu pencapaian di luar jangkaan.

Pada pengumuman iti juga, Cameron menamakan Datuk Bandar London, Boris Johnson untuk jawatan kanan dalam politik tetapi bukan sebagai menteri.

“Seperti dijanjikan, beliau (Johnson) akan memberi tumpuan kepada peranannya sebagai datuk bandar yang kini memasuki tahun akhir,” kata Cameron.

Cameron juga mengekalkan Menteri Kewangan Many George Osborne dan melantik semula Theresa May sebagai setiausaha dalam negeri, manakala beberapa wanita dinaikkan pangkat sebagai menteri muda.

Perdana Menteri untuk penggal ke dua itu turut mengadakan perbincangan dengan jawatankuasa penyokong kerajaan selepas timbul kebimbangan mereka akan memainkan peranan negatif dalam kerajaan, terutamanya berhubung keanggotaan Britain dalam Kesatuan Eropah (EU).

Pemimpin Britain itu dijangka memberitahu jawatankuasa berpengaruh tersebut bahawa tumpuan penggal baharu lima tahunnya akan diberikan kepada proses pembaharuan berbanding ‘membaiki dan memulihkan’ untuk mengeluarkan Britain daripada kegawatan ekonomi.

Parti Konservatif memenangi 331 daripada sejumlah 650 kerusi Dewan Rakyat dalam pilihan raya pada Khamis lalu, manakala Parti Buruh memperoleh 232 kerusi diikuti parti prokemerdekaan Parti Nasional Scotland (SNP) yang mendapat 56 kerusi serta Parti Liberal Demokrat yang meraih cuma lapan kerusi.

Semua wakil rakyat akan mengangkat sumpah rasmi pada Isnin depan, manakala Ratu Elizabeth II akan bertitah bagi merasmikan pembukaan Parlimen Britain pada 27 Mei ini.

Cameron sebelum ini berjanji akan mengadakan pungutan suara mengenai keanggotaan EU menjelang akhir 2017 dan menghapuskan defisit belanjawan Britain yang berjumlah kira-kira AS$139 bilion (RM500 bilion) menjelang 2018 hingga 2019. – AFP



Tags / Kata Kunci: David Cameron , kabinet , Boris Johnson

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan