Helikopter Tentera Udara AS Hilang Di Nepal

Diterbitkan: Rabu, 13 Mei 2015 1:53 PM

Model helikopter tentera AS yang dipercayai hilang di Nepal.

(Ubah saiz teks)

KATHMANDU: Sebuah helikopter Tentera Udara Amerika Syarikat (AS) dalam misi kemanusiaan di Nepal yang dilanda gempa bumi, didapati hilang di daerah pedalaman pergunungan Dolkka, kira-kira 100 kilometer di timur bandar ini, kata pihak tentera Nepal.

Helikopter UH-1Y Venom membawa enam anggota Marin AS dan dua askar Nepal bersama dua atendan penerbangan AS dan seorang kapten warga Nepal semasa hilang di daerah Dolkka pada tengah hari Selasa, kata Brig Jagdish Chandra Pokhrel, jurucakap kepada tentera Nepal.

"Tidak ada kesan daripada helikopter yang hilang itu ditemui setakat ini tetapi pasukan mencari telah digerakkan untuk mencarinya," kata beliau.

Helikopter Bell UH-1Y Venom ialah helikopter bersaiz sederhana dengan enjin berkembar.

Bagaimanapun, menurut Pusat Pemerintah Pasifik AS, enam anggota Marin bersama dua askar Nepal berada dalam helikopter terbabit semasa kejadian.

Sejurus selepas ia hilang sebuah helikopter AS telah menjalankan kerja mencari tetapi pulang ke Kathmandu pada lewat petang tanpa mendapat sebarang petunjuk.

Jurucakap kementerian dalam negeri Nepal Laxmi Prasad Dhakal yang mengesahkan kehilangan helikopter terbabit berkata, pencarian helikopter itu diteruskan awal Rabu.

Pesawat terbabit merupakan sebahagian daripada Squadron 469 Helikopter Tempur Ringan Marin, menurut Pusat Pemerintah Pasifik AS.

Nepal dilanda dua gempa bumi kuat, satu yang berlaku pada 25 April lepas dan satu lagi yang menggegarkan negara itu semalam.

Gempa bumi dengan magnitud 7.8 pada 25 April itu meragut lebih 8,000 nyawa dan gempa bumi dengan magnitud 7.3 pada Selasa setakat ini mengorbankan 68 orang.-- Bernama


Tags / Kata Kunci: AS , Nepal , tentera udara , Dolkka , Bell UH-1Y

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan