Gempa Bumi Kedua Di Nepal, 61 Disahkan Terkorban

Diterbitkan: Rabu, 13 Mei 2015 3:30 PM

(Ubah saiz teks)

KATHMANDU: Jumlah kematian susulan gempa bumi kuat pada Selasa meningkat kepada 61 orang, menurut pegawai Kementerian Dalam Negeri Nepal.

Setakat ini angka kematian mencecah 61, tetapi jumlah itu boleh terus  meningkat memandangkan laporan masih belum diterima dari semua kampung di daerah yang dilanda gempa tersebut, kata jurucakap Kementerian Dalam Negeri Laxmi Prasad Dhakal.

Daripada jumlah itu, daerah Dolkha mencatatkan 42 kematian, iaitu pusat gempa bumi pada Selasa.

Jumlah kematian terbaharu itu adalah tambahan kepada lebih 8,000 orang yang terkorban iaitu kurang tiga minggu selepas gempa bumi melanda Nepal pada 25 April.

Lebih 1,500 orang cedera manakala beratus-ratus lagi rumah rosak berikutan gempa bumi pada Selasa.

Gempa bumi 7.4 magnitud menggegarkan Nepal semalam dengan pusat gempa di Dolkha, kira-kira 100 kilometer ke timur Kathmandu, diikuti 15 gegaran kecil.

Orang ramai yang panik di Kathmandu tidur di kawasan lapang malam tadi, khuatir gempa bumi kuat akan melanda.

Dua lagi gegaran masih dirasai awal pagi ini.

Sementara itu, Perdana Menteri Nepal Sushil Koirala mengeluarkan kenyataan awam semalam, menggesa rakyat di negara itu bertenang dan bersedia untuk menghadapi tragedi negara itu secara kolektif.

"Dalam tempoh krisis negara yang besar ini, saya menggesa semua parti politik dan orang ramai untuk terus kekal bersatu dan menangani situasi ini secara kolektif," Koirala berkata.

Koirala berikrar untuk membina semula rumah dan kemudahan infrastruktur yang musnah dan rosak akibat gempa bumi itu dalam tempoh dua tahun.

Tags / Kata Kunci: Kathmandu , Nepal

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan