Polis Pukul Wanita Enggan Beri Rasuah

Diterbitkan: Selasa, 12 Mei 2015 3:22 PM

(Ubah saiz teks)

NEW DELHI: Seorang ibu dibaling dengan batu bata oleh seorang anggota polis trafik pada siang hari selepas dia enggan memberi rasuah sebanyak 200 rupi (kira-kira RM12) kerana didakwa melanggar lampu isyarat merah, dekat pusat bandar di sini.

Insiden pada Isnin itu mendapat reaksi hangat daripada orang awam dan kumpulan pendesak terhadap amalan rasuah dalam kalangan pengawai penguatkuasa, terutamanya pasukan polis di India.

Perbuatan anggota polis itu sempat dirakam dengan kesemua saluran televisyen  dan akhbar memaparkan berita itu yang melibatkan mangsa Ramanjeet Kaur, bukanlah satu kes yang terpencil melibatkan anggota polis di negara ini.

Wanita itu diarahkan memberhentikan kenderaannya oleh Ketua Konstabel Satish Chand apabila mangsa tidak berhenti semasa lampu isyarat lalu lintas berwarna merah dan meminta rasuah daripadanya.

Apabila wanita itu enggan memberikan rasuah, Satish didakwa telah melontar batu bata ke arah kepala mangsa.

Menurut laporan media, apabila lontarannya tidak mengenai sasaran, dia melontar batu bata sekali lagi dan kena pada bahagian belakang tubuh mangsa dan menyerang Ramanjeet secara lisan.

Dua daripada anak mangsa dilaporkan menyaksikan kejadian itu.

Bercakap kepada saluran berita, Times Now, Ramanjeet berkata dia sedang dalam perjalanan pulang ke rumah selepas perjumpaan persatuan ibu bapa dan guru apabila anggota polis berkenaan mengarahkannya memberhentikan kenderaan.

"Saya cakap saya tidak melanggar lampu isyarat merah, tetapi jika saya melakukannya, saya minta maaf. Kemudian dia (Satish) memberitahu saya dia akan mengeluarkan saman lalu lintas.

Dia kemudiannya meminta dokumen saya yang saya berikan kepadanya dan berkata bahawa saya boleh membayar 200 rupi. Saya memberitahunya supaya mengeluarkan saman. Dia berkata tidak," kata Ramanjeet.

"Kamu boleh beri 200 dan pergi. Saya kata tidak, keluarkan saman dan selepas itu saya akan bayar atau awak boleh hantar saman itu ke rumah dan saya akan bayar, kata Ramanjeet kepada saluran berita itu.

Berikutan insiden itu, anggota polis itu telah ditangkap.

Pesuruhjaya Polis Delhi, B S Bassi berkata pada mulanya Satish digantung kerja dan kemudiannya ditamatkan perkhidmatan selain kesnya telah didaftarkan.

Tags / Kata Kunci: Polis , Rasuah India

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan