Gear Pendaratan SkyWest Airlines Jatuh Sewaktu Mendarat Di Los Angeles

Diterbitkan: Selasa, 12 Mei 2015 8:12 AM

Pesawat SkyWest Airlines selamat membuat pendaratan cemas di Lapangan Terbang Antarabangsa Los Angeles (LAX). Foto ktla.com

(Ubah saiz teks)

SEBUAH pesawat SkyWest Airlines selamat mendarat walaupun gear pendaratan kirinya jatuh sewaktu membuat pendaratan di Lapangan Terbang Antarabangsa Los Angeles (LAX) pada pagi Isnin.

Portal Mirror melaporkan sayap kiri penerbangan 5316 itu mencecah landasan sewaktu ia mendarat di LAX pada kira-kira pukul 8.20 pagi (11.20 malam waktu Malaysia).

Penerbangan domestik itu berlepas dari bandar Monterey di California pada pukul 6.50 pagi (9.50 malam waktu Malaysia) tetapi mengalami masalah sebaik sahaja membuat persiapan untuk mendarat.

Menurut beberapa laporan media Amerika Syarikat (AS), gear pendaratan pesawat itu gagal berfungsi sepenuhnya namun ia bernasib baik kerana selamat membuat pendaratan cemas.

Dilaporkan terdapat 43 penumpang menaiki pesawat itu dan kesemuanya tidak mengalami kecederaan. - MIRROR


Tags / Kata Kunci: SkyWest Airlines

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan