Bekas Ketua Menteri Tamil Nadu Bebas Tuduhan Kumpul Harta Secara Haram

Diterbitkan: Selasa, 12 Mei 2015 9:23 AM

J. Jayalalithaa. Foto AFP

(Ubah saiz teks)

NEW DELHI: Sambutan meriah diadakan di ibu pejabat parti AIADMK di Chennai dan di seluruh Tamil Nadu sebaik sahaja Mahkamah Tinggi Karnataka mengetepikan perintah mensabitkan kesalahan bekas ketua menteri Tamil Nadu, J. Jayalalithaa daripada tuduhan mengumpul aset secara salah.

Hakim, C. R. Kumaraswamy, yang mengendalikan penghakiman khas mahkamah itu, membaca penghakimannya pada kira-kira 11 pagi (waktu tempatan) yang memutuskan bahawa rayuan Jayalalithaa dan tiga yang lain, dibenarkan.

Media tempatan melaporkan bahawa pengumuman penghakiman itu selesai dalam masa tidak sampai 30 saat.

Beliau tidak membacakan penghakiman itu di mahkamah terbuka. 

Jayalalithaa tidak hadir di mahkamah ketika pengumuman itu dibuat. 

Hakim berkenaan memutuskan bahawa hujah utama pihak pendakwaan bahawa tiga daripada sekutu Jayalalithaa — V. Sasikala, V. N. Sudhakaran dan Ilavarasi - berkomplot dengan bekas ketua menteri itu antara 1991 dan 1996 untuk mendapatkan aset secara salah, tidak mempunyai asas.

Pada September 2014, bekas pelakon terkenal filem Tamil itu dijatuhi hukuman empat tahun penjara dan denda 100 crore rupees (kira-kira RM60 juta).

Keputusan itu akan membuka jalan bagi Jayalalithaa untuk kembali aktif dalam politik dan beliau mungkin mengambil alih tugas daripada ketua menteri sementara, O. Panneerselvam.

Media tempatan Chennai juga membuat spekulasi tentang kemungkinan AIADMK memanggil pilihan raya tergempar.

Pada pilihan raya negeri 2011, Jayalalithaa menerajui partinya untuk mencapai kemenangan dan menjadi ketua menteri bagi penggal ketiga, manakala pada pilihan raya kebansgaan Mei tahun lepas pula, parti pimpinannya memenangi 37 daripada 39 kerusi parlimen Tamil Nadu.

Menurut The Hindu, akhbar harian utama di sini, kes itu mencapai kemuncaknya pada 27 September tahun lepas apabila sebuah mahkamah khas mensabitkan kesalahan Jayalalithaa serta sekutnya Sasikala, Sudhakaran dan Ilavarasi kerana mengumpul kekayaan yang tidak sepadan dengan sumber pendapatan mereka yang diketahui.

Keputusan itu menyebabkan Jayalalithaa merengkok seketika di dalam penjara, sebelum beliau memperoleh ikat jamin daripada Mahkamah Agung pada Oktober.

Mahkamah tertinggi itu menetapkan tempoh tiga bulan iaitu hingga 12 Mei untuk mahkamah Tinggi menyelesaikan rayuan berkenaan.

Tags / Kata Kunci: J. Jayalalithaa

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan