Aceh Terpaksa Terima 1,000 Tetamu Tak Diundang

Diterbitkan: Selasa, 12 Mei 2015 9:56 AM

(Ubah saiz teks)

BANDA ACEH: Sejak dua hari lalu, pihak berkuasa wilayah ini berdepan situasi mengejutkan apabila terpaksa 'menyambut' kedatangan kira-kira 1,000 tetamu tidak diundang di kalangan pendatang warga Myanmar dan Bangladesh.

Warga asing yang terdampar di wilayah itu menyebabkan pihak berwajib Aceh bertungkus-lumus menyediakan tempat tinggal dan makanan kepada mereka.

Malahan, sehingga awal pagi Ahad, pihak berkuasanya menyelamatkan 573 pendatang daripada etnik Rohingya dan Bangladesh selepas bot yang dinaiki terkandas, manakala pada Isnin, sebuah lagi bot yang membawa lebih 400 lagi pendatang hanyut di perairan berkenaan.

Selain itu, perkhidmatan kesihatan juga disediakan kerana sebahagian mereka terlalu lemah dan kekurangan air akibat terlalu lama berada di dalam bot.

Mengakui tidak mempunyai dana untuk membiayai kebajikan pendatang asing itu, bagaimanapun pihak berkuasa Aceh tetap berusaha untuk menjaga kebajikan warga asing itu.

“Sebenarnya kami tiada wang untuk membeli makanan dan menyediakan kemudahan kepada pendatang ini.

“Bagaimanapun, kami akan mencari jalan untuk menambah dana kerana ini adalah kecemasan,” kata Pegawai Kebajikan Masyarakat Aceh Utara, Mohd Yani.

Semua pendatang itu dikumpulkan di sebuah pusat sukan dan ramai antara mereka hanya mampu terbaring kerana terlalu lemah.

Keadaan di pusat sukan itu juga menyedihkan kerana ruang yang sempit dan tandas yang tidak mencukupi untuk menampung jumlah pendatang yang ramai.

“Mereka tidur beralaskan kanvas yang dibentang di atas tanah tanpa bantal dan selimut.

“Kami memerlukan bantuan dan lokasi penempatan yang lebih sesuai,” tambahnya.

Menyedari kesukaran yang dihadapi pemerintah, penduduk tempatan turut membantu dengan memberi makanan dan pakaian kepada kumpulan pendatang berkenaan tetapi ia tidak mencukupi.


Tags / Kata Kunci: Aceh , Myanmar , Bangladesh

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan