Pentas Runtuh, Lapan Penyanyi Koir Cedera

Diterbitkan: Isnin, 11 Mei 2015 10:24 AM

(Ubah saiz teks)

SERAMAI lapan daripada 80 penyanyi sebuah kumpulan koir cedera apabila pentas tempat mereka berlatih runtuh pada Sabtu.

Ketika kejadian di Guizhou, China itu, keseluruhan penyanyi kumpulan tersebut sedang berlatih di atas pentas setinggi dua meter sebelum ia runtuh.

Pentas itu dilaporkan runtuh apabila lima hingga enam penyanyi terakhir mengambil tempat mereka di pentas berkenaan.

Ketika runtuhan berlaku , orang ramai sedang merekodkan latihan tersebut yang memasuki fasa akhir sebelum persembahan diadakan.

Akibat kejadian berkenaan seramai lapan penyanyi cedera manakala dua daripadanya dilaporkan berada dalam keadaan serius.

Bagaimanapun konduktor koir berkenaan selamat kerana berada di pentas asing.



Tags / Kata Kunci: China , Runtuh

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan