Helikopter Terhempas: Empat Anggota Tentera Terbunuh

Diterbitkan: Isnin, 11 Mei 2015 3:01 PM

(Ubah saiz teks)

BOGOTA: Empat anggota tentera Colombia terbunuh manakala dua lagi cedera selepas helikopter yang dinaiki  terhempas di pertengahan wilayah Uribe pada Isnin.

Helikopter jenis Black Hawk UH-60L buatan Amerika Syarikat itu dilapor sedang membawa bekalan semasa kejadian berlaku pada pukul 2 petang, lapor tentera dalam satu kenyataan.

Helikopter tersebut dipercayai terhempas selepas mengalami kerosakan teknikal.

"Kami mengucapkan takziah kepada keluarga dan rakan-rakan mangsa yang terkorban semasa menjalankan tugas," lapor dalam satu kenyataan yang ditandatangani ketua tentera.

Juruterbang helikopter tersebut antara empat yang terkorban semasa nahas, manakala dua lagi yang  tercedera dalam keadaan stabil. 


Tags / Kata Kunci: Colombia , Uribe

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan