Kabinet Baharu Cameron Siap Isnin

Diterbitkan: Ahad, 10 Mei 2015 10:20 AM

Cameron diberi mandat untuk menerajui Britain bagi penggal kedua apabila mencatatkan kemenangan yang mengejutkan ramai.

(Ubah saiz teks)

LONDON: Perdana Menteri Britain, David Cameron kini dalam proses merangka Kabinet baharunya selepas memperoleh mandat untuk menerajui negara itu untuk penggal kedua.

Ia susulan kemenangan 331 daripada 650 kerusi yang dicapai Parti Konservatif di Parlimen selepas mencatatkan keputusan luar biasa dengan menewaskan tiga pesaing utamanya.

Laporan AFP menyebut, beliau dijangka melengkap senarai Kabinet baharunya pada Isnin ini sebelum mengumumkan jawatan timbalan menteri seminggu selepas itu.

Cameron dijangka melantik semula beberapa muka lama seperti Menteri Pertahanan, Philip Hammond, Menteri Kewangan, George Osborne dan Menteri Dalam Ne­geri, Theresa May.

Pada pilihan raya yang berlangsung Sabtu, undian terhadap Parti Konservatif dan Parti Nasional Scotland (SNP) meningkat secara luar biasa, sebaliknya pemimpin Parti Buruh dan Parti Li­beral Demokrat meletakkan jawatan selepas mengalami kekalahan teruk.

Malah, pemimpin Parti Bebas United Kingdom (UKIP) turut keluar selepas hanya mendapat satu kerusi.

Cameron dalam ucapan kemenangannya berkata, beliau berjanji membawa kemajuan negara itu secara bersama-sama.




Tags / Kata Kunci: David Cameron , Parti Konservatif , Kabinet

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan