Gadis Lidah Panjang Kejutkan Pengguna Laman Sosial

Diterbitkan: Sabtu, 9 Mei 2015 11:39 AM

(Ubah saiz teks)

PENGGUNA laman sosial baru-baru ini dikejutkan dengan gambar luar biasa seorang remaja perempuan yang berkebolehan mengeluarkan lidahnya sehingga menyentuh hidung, dagu, siku malah matanya dengan sedikit bantuan.

Remaja tersebut, Adrianne Lewis, 18, percaya bahawa dia merupakan pemegang rekod lidah terpanjang di dunia yang berukuran empat inci.

Adrianne kini dalam perbincangan bersama Rekod Dunia Guinness untuk mengetahui sama ada dia merupakan pemegang rekod lidah terpanjang yang baharu.

Rekod lidah terpanjang sedia ada dipegang oleh Nick Stoeberl yang berukuran 3.9 inci.

Remaja yang berasal dari Twin Lake, Michigan tersebut mengetahui mengenai kebolehannya itu dan pernah mencuba nasib di sebuah program ternama Amerika Syarikat, 'Ripley's Believe It Or Not' semasa berusia 13 tahun.

"Permohonan saya pernah ditolak sebanyak tiga kali oleh Guinness namun beberapa hari kemudian saya mendapat emel daripada Ripley's yang berminat dengan kebolehan unik saya," katanya.

Selain itu, Adrianne turut menubuhkan sebuah akaun laman sosial, Youtube dua tahun lalu untuk mempamerkan kebolehan lidahnya.

"Orang ramai mula menonton video pertama yang saya muatnaik dan saya sudah mempunyai sebanyak 250 tontonan pada hari pertama serta seramai 814 langganan sehingga hari ini," katanya.

Tags / Kata Kunci: Lidah , Amerika Syarikat

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan