Scotland Kini Negara Satu Parti

Diterbitkan: Jumaat, 8 Mei 2015 6:10 PM

Nicola Sturgeon, pemimpin Parti Kebangsaan Scotland kini menguasai Utara Great Britain sepenuhnya.

(Ubah saiz teks)

EDINBURGH: Scotland yang cuba keluar sebagai sebuah negara merdeka sepenuhnya dari Great Britain tahun lalu tetapi gagal kini boleh dianggap sebagai negara satu parti apabila Parti Kebangsaan Scotland (SNP) memenangi 56 daripada 59 kerusi parlimen yang dipertandingkan dalam pilihan raya umum yang berlangsung pada Khamis.

SNP yang kini diketuai oleh Nicola Sturgeon adalah parti pro-kemerdekaan sepenuhnya tetapi referendum yang berlangsung hujung tahun lalu mendapati warga Scotland memutuskan untuk terus kekal di bawah kesatuan Great Britain.

Sebaliknya dalam pilihan raya umum ini, mereka memberi kemenangan hampir mutlak di Scotland kepada SNP. Kali terakhir SNP mencapai kemenangan besar ialah pada pilihan raya 1974, dengan 11 calon mereka terpilih ke Dewan Rakyat. Pada pilihan raya 2010, SNP hanya memenangi lapan kerusi sahaja. 

SNP berharap dengan kemenangan besar itu, mereka akan dapat mendesak supaya diadakan referendum kali kedua bagi menentukan apakah rakyat Scotland mahu terus kekal berada di bawah Great Britain atau merdeka sepenuhnya.

Scotland sebelum ini adalah kubu kuat Parti Buruh tetapi parti itu kini tewas teruk di Scotland yang menyaksikan mereka kehilangan hampir kesemua kerusi penting yang dipertandingkan termasuklah kerusi yang disandang sebelum ini oleh ketua Parti Buruh Scotland, Jim Murphy.

Parti Buruh kini hanya diwakili oleh seorang wakil rakyat di Scotland, begitu juga dengan Parti Konservatif yang memerintah dan juga Parti Liberal Demokrat.

Dari segi pecahan undi, sejumlah 1,454,436 pengundi memberikan kepercayaan mereka kepada SNP berbanding hanya 491,386 undi pada pilihan raya 2010.

Kejutan paling besar ialah kemampuan calon muda mereka berusia 20 tahun, Mhairi Black - seorang pelajar jurusan sains politik yang masih belum tamat belajar - menumpaskan calon veteran dari Parti Buruh, Douglas Alexander di kawasan parlimen Paisley dan Selatan Renfrewshire.

Dengan kemenangan besar parti nasionalis di Scotland, para pemerhati menjangkakan sebagai permulaan, David Cameron akan diberi tekanan politik untuk memberikan Scotland kuasa autonomi fiskal penuh - sekaligus membolehkan mereka membayar faedah pencen yang lebih tinggi.


iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan