Indonesia Henti Hantar Amah Ke 12 Negara Timur Tengah

Diterbitkan: Rabu, 6 Mei 2015 10:13 AM

Rakyat Indonesia turut membantah tindakan Arab Saudi mengenakan hukuman mati terhadap pembantu rumah warga Indonesia baru-baru ini.

(Ubah saiz teks)

JAKARTA: Kerajaan Indonesia akan menghentikan penghantaran pembantu rumah ke 12 negara Timur Tengah berikutan pelaksanaan hukuman mati terhadap dua wanita negara itu di Arab Saudi baru-baru ini.

Antara 12 negara terlibat dengan larangan itu termasuk Emiriah Arab Bersatu, Qatar, Bahrain, Mesir dan Arab Saudi.

Perkara itu dimaklumkan Menteri Tenaga Manusia, Hanif Dhakiri menerusi laman web kementerian berkenaan.

Katanya, larangan akan dikenakan ke atas pekerja yang mahu bekerja untuk majikan individu atau keluarga tetapi tidak membabitkan syarikat.

"Keputusan itu dibuat kerana yang paling penting adalah masih terdapat kekurangan peraturan standard di negara berkenaan menyebabkan pekerja Indonesia rugi, selain sering mendapat layanan buruk dan upah rendah," katanya.

Hanif berkata, kerajaan mempunyai kuasa melarang penempatan di negara tertentu jika pekerjaan terbabit dianggap boleh menjatuhkan maruah seseorang dan negara.

Difahamkan, langkah itu sudah dimuktamadkan, bagaimanapun bagi pembantu rumah yang sedang bekerja di negara terlibat akan dibenarkan untuk terus tinggal dan meneruskan pekerjaan mereka.

Tags / Kata Kunci: Indonesia , amah , Timur Tengah , Hanif Dhakiri

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan