Warga Australia Bina Rumah Tahan Ribut Untuk Masyarakat Fiji

Diterbitkan: Selasa, 5 Mei 2015 9:32 PM

Rumah yang dibina untuk masyarakat miskin Fiji.

(Ubah saiz teks)

FIJI: Seorang warga Australia, Peter Drysdale membina sebanyak 164 buah rumah yang mampu menahan ribut taufan di daerah luar bandar kedua terbesar Fiji, Lautoka.

Perkampungan yang dikenali sebagai Koroipita atau kampung Peter itu dibina khas untuk penduduk miskin di negara tersebut.

Mr Drydale menetap di negara tersebut lebih 20 tahun dan bekerja dalam bidang perhutanan melihat rumah tahan ribut sebagai penyelesaian kepada masalah utama masyarakat kawasan itu.

Peter Drysdale

"Data menunjukkan bahawa Fiji mempunyai kira-kira 110,000 rakyat yang menetap di rumah setinggan dan kadar itu semakin meningkat apabila rumah mereka dipukul taufan," ujarnya.

Katanya, setiap rumah mempunyai dua bahagian yang dipisahkan dengan laluan angin iaitu mengandungi dua bilik tidur dan satu bahagian lagi mengandungi dapur, bilik mandi dan tandas.

"Dua bahagian rumah ini dibina dengan kekuatan menahan angin kuat. Saya bukan jurutera tetapi saya sudah melalui sebanyak 22 kali taufan di sini.

"Rumah yang saya bina ini mampu menahan angin 350kph," ujarnya.

Setiap rumah berharga $ 12,000 atau RM43,353 dan telah dibina dalam tempoh lima hari.

Setakat ini seramai 780 penduduk tinggal di 164 buah rumah tersebut. -ABC

Tags / Kata Kunci: Peter Drysdale

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan