Abdul Basit Mati Ditembak Ketika Perlawanan Pacquiao-Mayweather

Diterbitkan: Selasa, 5 Mei 2015 11:48 AM

Pihak tentera Filipina mengedarkan gambar jasad Abdul Basit yang terkorban dalam kejadian tembak menembak pada Ahad.

(Ubah saiz teks)

MANILA: Pengganas Filipina, Abdul Basit Usman dipercayai ditembak mati oleh salah seorang pengawalnya untuk mendapatkan ganjaran sebanyak AS$1 juta.

Kejadian itu berlaku ketika Abdul Basit sedang mengikut siaran radio perlawanan tinju termahal di dunia antara Manny Pacquiao dan Floyd Mayweather dalam sebuah pondok.

Abdul Basit yang melarikan diri pada 25 Januari lalu ketika polis melancarkan opreasi di Mamasapano, Maguindanao yang mengorbankan pengganas Malaysia, Zulkifli Hir atau Marwan yang disahkan maut oleh pihak tentera negara itu.

Pihak tentera dan Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) juga mengesahkan pada Isnin berhubung kematian Abdul Basit, bagaimanapun siapa sebenarnya yang menembaknya belum dipastikan.

Ketua Staf Pasukan Tentera Filipina, Jeneral Gregorio Pio Catapang Jr memberitahu wartawan bahawa Abdul Basit dan lima pengawal terbunuh dalam kejadian tembak menembak sesama anggota Pejuang Kebebasan Islam Bangsamoro (BIFF) di penempatan Sitio Takeneken, Barangay Muti, Guindulungan kira-kira pukul 10 pagi pada Ahad.

Bagaimanapun, Timbalan Pengerusi Hal Ehwal Politik MILF, Ghazali Jaafar berkata, Abdul Basit terbunuh dalam kejadian tembak menembak dengan anggota MILF yang diketuai Komandan Pangkalan ke-118, Komander Barok di Muti.

"Kami boleh sahkan Abdul Basit telah meninggal dunia dan jenazahnya dikebumikan di tanah perkuburan Islam," katanya yang enggan memaklumkan siapa yang bertanggungjawab membunuh Abdul Basit.

Kata Jaafar lagi, ada dua versi mengenai kematian Abdul Basit dan ketika ini MILF sedang menjalankan siasatan untuk mengetahui kejadian sebenar.

"Versi pertama menyatakan Abdul Basit terbunuh ketika berdepan Komander Barok, manakala satu lagi versi pula mengenai Abdul Basit yang dikatakan ditahan MILF cuba melarikan diri dan ditembak ketika dalam pergelutan dengan anggota kumpulan itu.

"Bagaimanapun, kejadian sebenar akan diketahui apabila menerima laporan lengkap berhubung kejadian itu," katanya.

Maklumat yang diterima pihak tentera di Kem Aguinaldo, Quezon City menunjukkan kejadian itu berlaku berhampiran Kem Afghan, lokasi sementara MILF di mana anggotanya secara sukarela mengosongkan kediaman mereka untuk operasi ketenteraan menentang BIFF pada Februari.

Memetik laporan itu, Catapang berkata, berlaku pergelutan antara pengikut Abdul Basit berhubung ganjaran yang ditawarkan Amerika Syarikat jika pengganas itu berjaya ditawan.

Abdul Basit yang kini menyertai BIFF selepas meninggalkan Gerakan Keadilan Islam (JIM) didakwa melancarkan beberapa serangan bom di selatan negara itu selepas tiga ahli keluarganya terkorban dalam pertempuran dengan pihak tentera.

Laporan Catapang itu juga menyebut Abdul Basit dicurigai pengikutnya selepas beberapa pertemuan dengan kumpulannya dan pihak tentera sejak dua bulan lalu.

Abdul Basit yang juga pembuat bom mempunyai kaitan dengan kumpulan pengganas, Abu Sayyaf dan Jemaah Islamiyah menjadi pengganas yang dikehendaki di Filipina selepas membunuh rakyat Malaysia, Marwan pada 25 Januari lalu.

Ketika melarikan diri bersama pengganas Malaysia, Amin Baco atau Jihad dan terbabit dalam pertempuan dengan komando polis, seramai 44 komando, 17 anggota dan tiga orang awam terkorban.

Kejadian itu menimbulkan kemarahan Presiden Aquino yang menuntut MILF menahan Abdul Basit dan pengikutnya.

Berdasarkan maklumat yang disampaikan sumber pihak tentera, kerajaan merekrut pengawal peribadi Abdul Basit untuk memantau pergerakannya.

Kata sumber itu, pengawal berkenaan menembak Abdul Basit menggunakan pistol ketika mengikuti siaran radio perlawanan tinju itu pada Ahad.

Pengawal peribadi yang memihak kepada kerajaan itu juga berjaya merekrut beberapa lagi pengikut Abdul Basit dan dalam kejadian itu lima pengawal lagi terkorban, manakala seorang cedera.




Tags / Kata Kunci: Abdul Basit Umar , Filipina , MILF , Mamasapano

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan