Gempa Bumi 7.5 Magnitud Gegar Selatan Papua New Guinea

Diterbitkan: Selasa, 5 Mei 2015 10:40 AM

(Ubah saiz teks)

SYDNEY: Gempa bumi besar berukuran 7.5 magnitud menggegarkan selatan Papua New Guinea.

Ekoran gempa tersebut, amaran tsunami telah dikeluarkan, menurut Agensi Penyelidikan Geologi Amerika Syarikat (USGS).

Gempa itu berlaku pada kedudukan kira-kira 150 kilometer selatan negara itu.

Amaran tsunami dikeluarkan dalam lingkungan sekitar 300 kilometer dari pusat gempa.
Tags / Kata Kunci: gempa bumi , tsunami , USGS

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan