Sekat Pintu Kereta Api Dengan Dinding Batu-Bata Sebagai Gurauan

Diterbitkan: Jumaat, 1 Mei 2015 9:59 AM

(Ubah saiz teks)

POLIS Jerman kini sedang menyiasat individu tidak bertanggungjawab yang membuat gurauan 'prank' dengan membina dinding batu-bata untuk menyekat salah sebuah pintu kereta api.

Portal Mirror melaporkan tindakan berkenaan menyebabkan pengendali perkhidmatan kereta api itu perlu menanggung kerugian akibat kerosakan yang dialami.

Pihak polis kini melancarkan siasatan untuk menjejaki mereka yang bertanggungjawab membuat gurauan 'prank' itu yang hanya disedari selepas kereta api tersebut beroperasi.

Perbuatan itu dipercayai dilakukan di depot kereta api di mana mereka yang tebabit memecah masuk pengangkutan awam itu dan membuat dinding batu-bata dengan menggunakan simen bagi menutup salah sebuah pintu.

Difahamkan, gurauan 'prank' itu hanya disedari selepas kereta api melepasi 12 stesen di laluan S11 di Hamburg, utara Jerman sebelum laporan mengenai kejadian dibuat pada Selasa lalu.

Pihak polis kini sedang meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) untuk mengenal pasti individu yang bertanggungjawab.

Mereka turut memberi amaran bahawa tindakan seumpama itu boleh disabitkan hukuman penjara maksimum lima tahun. - MIRROR


iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan