Militan IS: Gambar Bayi Bersebelahan Pistol, Bom Tangan Dimuat Naik Di Twitter

Diterbitkan: Jumaat, 1 Mei 2015 10:26 AM

(Ubah saiz teks)

KUMPULAN Militan Negara Islam (IS) memuat naik gambar bayi bersama sepucuk pistol dan sebutir bom tangan di laman sosial Twitter.

Portal Daily Mail melaporkan imej yang masih belum disahkan itu dimuat naik semula oleh seorang aktivis anti kumpulan militan Negara Islam Iraq dan Syria (ISIS) di Syria menerusi akaun Twitter dengan mesej: "Apakah yang akan terjadi kepada kanak-kanak ini?"

Bayi itu dipercayai merupakan tindakan terbaharu yang menunjukkan kanak-kanak dipaksa dipaksa bergambar di sebelah senjata milik ibu bapa mereka yang merupakan anggota militan.

Gambar itu pada asalnya dimuat naik di akaun Twitter milik seorang peraih simpati ISIS.

Gambar seorang bayi bersama sepucuk pistol, sebutir bom tangan dan sekeping dokumen dipercayai 'sijil kelahiran'.

Imej berkenaan dikeluarkan beberapa hari selepas seorang lagi aktivis pertubuhan RIBSS memuat naik sekeping gambar yang menunjukkan seorang bayi tidur di sebelah sebutir bom tangan, sepucuk pistol dan sekeping dokumen yang dipercayai merupakan sijil kelahirannya.

Kenyataan bersama gambar itu bayi yang baharu lahir bernama 'Jrah' manakala nama ibu bapanya, masing-masing 'Om' dan 'Abu'.

Ia mendakwa sijil kelahiran yang diletakkan di sebelah bayi itu merupakan 'dokumen yang dikeluarkan ISSIS sebagai dokumen pengenalan untuk kanak-kanak'.

Gambar itu dipercayai dimuat naik untuk mendapatkan perhatian dunia mengenai ancaman yang dibuat ISIS. - Daily Mail



Tags / Kata Kunci: IS , ISIS

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan