Muzium Dibina Di Tapak Bekas Ibu Pejabat Nazi

Diterbitkan: Khamis, 30 April 2015 1:52 PM

(Ubah saiz teks)

MUNICH: Munich akan membuka sebuah muzium di tapak bekas ibu pejabat parti Nazi, selepas perjanjian lama yang tertangguh terhadap status bandar Jerman sebagai 'rumah gerakan' itu.

Perasmian tersebut berlaku serentak dengan ulang tahun ke-70 'pembebasan' Munich oleh tentera Amerika Syarikat (AS) pada akhir Perang Dunia Kedua serta kematian Adolf Hitler pada hari yang sama di kubu pertahanan Berlin.

Warga Veteran Amerika dan mangsa-mangsa 'holocaust' (kemusnahan perang) akan menyertai pemimpin politik untuk majlis di muzium baharu, sebuah bangunan berbentuk kiub putih moden yang masih selamat di sebalik bangunan klasik dalam pusat organisasi Nazi.

Pengarah muzium itu, Windfried Nerdinger mengakui bahawa masa yang cukup lama diambil oleh Munich untuk berdepan dengan warisan toksik sebagai tempat kelahiran parti Hitler, satu fakta lama yang memalukan.

"Munich tidak bernasib baik dan lebih tercemar berbanding dengan bandar-bandar yang lain.

"Di sinilah segalanya bermula," kata Nerdinger, yang juga merupakan seorang ahli penentang tempatan.

Selain itu, Nerdinger turut berkata, matlamat utama 'Pusat Dokumentasian untuk Sejarah Sosialisme Kebangsaan' adalah untuk menunjukkan kebanggaan bagaimana Munich dapat dijadikan sebagai sebuah pusat toleransi yang berkembang pesat.

Bangunan pameran empat tingkat tersebut mempamerkan teks penerangan dalam bahasa Inggeris dan Jerman, serta gambar dan rakaman video dokumentasi perarakan tentera disamping kemusnahan bandar yang dilakukan oleh pengebom.

Satu rakaman video grafik yang menggambarkan masyarakat Yahudi di bandar tersebut sebagai cahaya yang semakin malap dengan pengusiran mereka ke kem-kem perkumpulan tahanan.

Tambahnya lagi, Nerdinger memaklumkan bahawa dia dengan sengaja tidak mahu mengenakan pakaian seragam berwarna coklat atau bendera 'swastika' (lambang nazi) gergasi kerana enggan mempamerkan Nazi sebagai 'estetik' (penghormatan).

Sebaliknya, pelawat yang mengunjungi lebih berminat terhadap artifak catatan tangan yang ditemui dalam poket ahli penentang, Albrecht Haushofer, yang dibunuh sebelum perang berakhir.

Tags / Kata Kunci: Nazi , Muzium , Hitler

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan