Hukuman Mati: Indonesia Berdepan Bantahan Antarabangsa

Diterbitkan: Khamis, 30 April 2015 1:33 PM

(Ubah saiz teks)

CILACAP: Indonesia berdepan bantahan antarabangsa terhadap hukuman tembak sampai mati yang dikenakan kepada tujuh banduan asing yang disabitkan atas kesalahan dadah walaupun Filipina bergembira selepas seorang rakyatnya terselamat.

Dalam protes terhadap hukuman yang didakwa 'kejam dan tidak perlu' itu Australia menghantar dutanya untuk menyertai bantahan berkenaan manakala Brazil menyatakan perasaan kesal.

Selain itu, Perancis berikrar untuk mengadakan perbincangan diplomatik dalam usaha menyelamatkan rakyatnya yang masih menunggu hukuman mati.

Indonesia berpegang kuat dalam perlaksanaan hukuman mati bagi 'memerangi' kes berkaitan dadah, sebagai satu pengajaran kepada pesalah serta dapat menyaksikan saat-saat terakhir sebelum hukuman mati dijatuhkan.

Dua banduan warga Australia, seorang warga Brazil dan empat lagi warga Nigeria bersama seorang warga tempatan dijatuhkan hukuman tembak sampai mati walaupun menerima rayuan lantang daripada ahli keluarga banduan.

Brazil menyatakan perasaan kesal terhadap hukuman dijatuhkan terhadap rakyatnya yang pada masa sama mempunyai masalah mental serta mengharap keputusan dapat dipertimbangkan lagi.

Nigeria menyenaraikan empat warganya yang dijatuhkan hukuman tembak sampai mati iaitu Martin Anderson, Okwudili Oyatanze, Jamiu Abashin dan Sylvester Obiekwe.

Tambahnya lagi, terdapat kekeliruan terhadap nama dan kewarganegaraan salah seorang rakyat Afrika tersebut apabila Agensi Penguatkuasaan Undang-undang Dadah Kebangsaan Nigeria (NDLEA) menyatakan bahawa Anderson adalah warga Ghana.

Menurut seorang paderi yang ditugaskan bersama mereka, kesemua banduan dilaporkan enggan mata mereka ditutup dan turut menyanyikan lagu 'Amazing Grace' semasa mereka dibawa ke dalam hutan untuk berhadapan dengan skuad tembak.

Apabila menjelang tengah malam, sekumpulan penyokong menangis sambil menyanyikan lagu, berpelukan antara satu sama lain dan memegang lilin serta berjaga sepanjang malam di pelabuhan Cilacap, iaitu pintu masuk ke pulau yang menempatkan penjara di Nusakambangan.

Sementara itu, seorang banduan warga Filipina pada mulanya dijatuhkan hukuman mati namun diberi penangguhan hukuman selama 11 jam selepas seorang wanita tampil memberi kenyataan dan mendakwa bahawa banduan tersebut ditipu olehnya untuk membawa masuk dadah ke Indonesia.

Penangguhan hukuman untuk Mary Jane Veloso dianggap satu keajaiban, namun Peguam Negara Indonesia, Muhammad Prasetyo menegaskan bahawa ia hanyalah 'penangguhan' untuk memberikan masa kepada polis melakukan siasatan lanjut.

"Kami berjuang dalam memerangi jenayah dadah yang mengancam bangsa kami dan saya ingin menyatakan bahawa pelaksaan hukuman mati bukanlah sesuatu pekerjaan yang menyeronokkan.

"Tetapi kami perlu melakukannya untuk menyelamatkan negara daripada bahaya dadah dan kami tidak ingin bermusuhan dengan negara yang diwakili oleh setiap banduan tersebut.

"Kami hanya berjuang dalam memerangi jenayah berkaitan dadah," tambahnya.

Tags / Kata Kunci: Cilacap , Bali Nine , Indonesia

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan