Rakyat Kazakhstan Mengundi Presiden Baharu Pada Ahad

Diterbitkan: Sabtu, 25 April 2015 11:08 PM

Petugas pilihan raya meletakkan peti undi untuk memudahkan rakyat Kazakhstan menunaikan tanggungjawab mengundi pada Ahad.

(Ubah saiz teks)

ASTANA: Rakyat Kazakhstan akan mengundi untuk memilih presiden baharu negara itu pada Ahad.

Tiga calon bertanding merebut jawatan tertinggi itu.

Mereka ialah Nursultan Nazarbayev, penyandang presiden dan calon parti Nur Otan yang memerintah, Turgun Syzdykov yang mewakili Parti Rakyat Komunis dan Abelgazi Kussainov yag merupakan pengerusi Persekutuan Kesatuan Sekerja Kazakhstan.

Pada mulanya, seramai 22 calon bertanding pada pilihan raya presiden itu tetapi Suruhanjaya Pilihan Raya Pusat (CEC) Kazakhstan menerima hanya tiga calon setelah calon-calon lain gagal memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan seperti lulus peperiksaan bahasa yang diwajibkan untuk pendaftaran calon.

Presiden Nursultan Nazarbayev, 74, bertanding bagi mempertahankan jawatan itu untuk penggal baharu selama lima tahun.

Beliau telah memerintah negara pengeluar minyak Asia Tengah itu sejak 1989 dan secara rasminya diberi gelaran "Pemimpin Negara".

Sudah pasti Nazarbayev akan memenangi pilihan raya itu kerana pada masa ini, tiada tokoh politik negara itu yang boleh mencabar populariti Nazarbayev selaku presiden.

Justeru itu, besar kemungkinan Nazarbayev akan dipilih semula untuk satu penggal lagi iaitu penggal kelima sebagai penyandang presiden.

Keputusan pilihan raya presiden sebelum ini menunjukkan peluangnya cerah  untuk dipilih semula sebagai pemimpin tertinggi Kazakhstan.

Sokongan rakyat kepada Nazarbayev terus meningkat dalam kedua-dua pilihan raya presiden pada tahun 1990-an dan pada pilihan raya 2011, beliau memperoleh 95.55 peratus dan 91.15 peratus pada 2005.

Menurut Pengerusi Suruhanjaya Awam bagi Kawalan Pilihan Raya Presiden,  Nurlan Yerimbetov, pengundian akan bermula pada 7 pagi dan berakhir pada 8 malam waktu tempatan.

Seramai 9.5 juta pengundi layak mengundi di negara ini dan jumlah pengundi minimum tidak perlu bagi memastikan pilihan raya itu sah mengikut undang-undang.

"Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya Pusat (CEC), sebanyak 65 daerah mengundi dan lebih 9,741 pusat mengundi disediakan untuk pilihan raya ini.

"Kazakhstan mahu memastikan pilihan raya presiden berlangsung secara terbuka, telus dan adil. Keputusan pilihan raya akan diketahui pada Isnin," katanya kepada pemberita di sini, Sabtu.

Menurutnya lebih 1,000 pemerhati telah ditaulihkan untuk pilihan raya presiden itu selain ia dipantau oleh 1,026 wakil negara, pertubuhan antarabangsa dan media asing. -- Bernama


iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan