Menang Bidaan Berlian Terbaik Dunia Melalui Telefon

Diterbitkan: Rabu, 22 April 2015 10:42 AM

(Ubah saiz teks)

NEW YORK: Hanya tiga minit bidaan dilakukan, sebutir berlian 'terbaik' 100 karat yang ditemui di sebuah lombong di Afrika Selatan dijual pada harga $22.1 juta (RM80 juta) pada Selasa, lapor Sotheby.

Satu firma lelongan mengesahkan nilai berlian seberat 100.20 karat yang mempunyai julat harga antara $19 hingga $25 juta (RM69 juta hingga RM90 juta) malah digelar sebagai 'berlian terbesar dengan potongan klasik sempurna'.

Berlian yang ditemui di lombong De Beers, Afrika Selatan kemudiannya dipotong, digilap dan disempurnakan lebih daripada setahun. Malah lelongan permata tersebut merupakan kemuncak antara 370 lot lain semasa lelongan barang kemas Sotheby dijalankan.

Pemenang bertuah yang memenangi bidaan tersebut mengambil bahagian hanya menerusi panggilan telefon dan tidak mahu namanya disiarkan, lapor Sotheby.

Firma lelongan sudah mempamerkan berlian tersebut sebanyak dua kali di Asia Barat iaitu di Doha dan Dubai, serta beberapa lokasi lain iaitu Los Angeles, Hong Kong, London dan New York dalam usaha untuk menarik minat lebih awal sebelum lelongan berlangsung.

Menurut Sotheby, hanya lima berlian berkualiti yang mempunyai berat lebih 100 karat telah dijual semasa sesi lelongan dan berlian yang paling mahal dijual adalah semasa lelongan Sotheby di Hong Kong pada 2013 sebanyak $30.6 juta (RM111 juta).

Ketua Jabatan Perhiasan Sotheby New York, Gary Schuler menyifatkan berlian tersebut sebagai 'takrif kesempurnaan'.

"Warnanya lebih putih daripada putih, malah tidak mempunyai sebarang cacat cela dari segi dalaman dan sangat lutsinar sehinggakan saya terpaksa membandingkan dengan kolam berais," katanya sebelum lelongan dijalankan.

Tags / Kata Kunci: Berlian , Sotheby

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan