Wanita Maut Terjatuh Ke Dalam Syaf Lif

Diterbitkan: Rabu, 22 April 2015 11:17 AM

(Ubah saiz teks)

SEORANG wanita maut selepas terjatuh ke dalam syaf lif dipercayai ditolak oleh anaknya sendiri, lapor polis.

Mangsa, Xie Fong ditemui mati terbaring di bahagian bawah syaf ketika selepas dia cuba untuk mencari kuncinya.

Wanita berusia 45 tahun itu difahamkan telah terjatuh ke dalam lif di bandar Ningbo, timur China.

"Feng membawa beberapa plastik sampah untuk dibuang namun semasa perjalanan, kuncinya terjatuh ke bawah dan meminta pertolongan saya untuk mendapatkan kunci tersebut.

"Saya memberitahunya bahawa akan menaikkan lif satu tingkat secara manual sambil menjaga pintu lif daripada tertutup supaya dia dapat mencapai kuncinya yang terjatuh ke dalam ruang sempit antara lif dan tingkat lima," kata pengurus bangunan, Yang Shao, 52.

Menurut Shao, dia kemudiannya pergi untuk melihat sama ada Fong telah menjumpai kunci tetapi malangnya hanya kelihatan seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun berdiri di depannya.

"Kanak-kanak tersebut memberitahu bahawa dia telah menolak ibunya semasa saya bertanyakan di mana wanita itu.

"Saya melihat di tepi dan mendapati wanita tersebut terbaring di bahagian bawah syaf lif," katanya.

Shao kemudiannya segera menelefon pihak polis.

Menurut jurucakap polis, tiada sebarang rakaman video pengawasan di kawasan lif tersebut dan menyukarkan pihaknya untuk mengetahui kejadian sebenar.

"Sekiranya kanak-kanak tersebut memberitahu bahawa dia menolak ibunya, kita akan menerima alasan itu namun tidak boleh membuat sebarang dakwaan kerana kes ini akan dianggap sebagai kemalangan," katanya.

Tags / Kata Kunci: China , Lif

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan