Lapangan Terbang Manchester Siasat Penumpang Dari Madrid Tidak Diperiksa Pasport

Diterbitkan: Selasa, 21 April 2015 8:35 AM

Penumpang tiba di balai ketibaan Lapangan Terbang Manchester.

(Ubah saiz teks)

LAPANGAN terbang Manchester di United Kingdom melancarkan siasatan selepas penumpang yang menaiki sebuah pesawat dari Madrid, Sepanyol melalui bahagian imigresen tanpa perlu menjalani pemeriksaan pasport.

Portal Mirror melaporkan semua penumpang tidak perlu menunjukkan dokumen perjalanan mereka apabila melalui kaunter kawalan keselamatan yang lengang tanpa pegawai bertugas.

Mereka merupakan penumpang bagi penerbangan Ryanair dari Madrid ke Manchester, Sabtu lalu.

Waktu ketibaan sepatutnya dijadualkan tiba pada pukul 11.25 malam Jumaat (7.25 pagi waktu Malaysia), tetapi ia tiba lewat tiga jam.

Penumpang kemudiannya terkandas di balai ketibaan di Terminal 3 lapangan terbang itu.

Seorang guru, Clinton Lakin, 46, berkata: "Semua penumpang yang menaiki pesawat itu berjalan tanpa melalui pemeriksaan pasport di Britain. Pemeriksaan pasport hanya dibuat di Lapangan Terbang Madrid."

Tambah Lakin: "Kebimbangan saya adalah krisis Ebola masih berlaku di Afrika dan sekiranya terdapat mana-mana penumpang dari negara itu datang ke Britain melalui Madrid berkemungkinan akan menyebabkan wabak itu menular di negara ini."

"Tetapi apa yang ingin diperjelaskan ialah semua orang boleh masuk ke negara ini sewenang-wenangnya.

"Anda diberitahu cukai yang anda bayar untuk melindungi sempadan UK.

"Tetapi tiada sesiapapun di sana (bahagian pemeriksaan pasport), tiada pemeriksaan yang dibuat.

"Jika pesawat anda lewat tiba pada lewat malam dan lapangan terbang tutup, jadi anda boleh sahaja masuk ke negara ini begitu sahaja, sesesiapapun di kalangan 130 penumpang ini.

"Saya tidak melihat walau seorang kakitangan lapangan terbang pun yang bertugas apabila kami masuk ke bangunan terminal sehingga kami berada di kafe Costa Coffee yang terletak di balai ketibaan.

"Saya mahu membuat laporan mengenai tiada kawalan keselamatan," kata Lakin.

Jurucakap Lapangan Terbang Manchester berkata: "Ia merupakan tanggungjawab kakitangan syarikat penerbangan untuk memaklumkan kepada pihak berkuasa kawalan sempadan UK mengenai ketibaan dari luar negara ini.

"Dengan memberitahu lebih awal mengenai ketibaan penerbangan akan memastikan pegawai yang berkaitan ditugaskan untuk mengendalikan proses imigresen.

"Sebagai pihak lapangan terbang, kami bekerjasama rapat dengan pihak ketiga untuk menyiasat mengenai insiden yang berlaku," katanya. - MIRROR

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan