Tujuh Maut Pesawat Terhempas Di Padang Golf - Berita Dunia | mStar

Tujuh Maut Pesawat Terhempas Di Padang Golf

Diterbitkan: Selasa, 21 April 2015 7:45 AM

Keadaan bangkai pesawat yang terhempas di padang golf di Bavaro, Republik Dominican pada Isnin. Foto EPA

(Ubah saiz teks)

SEBUAH pesawat terhempas di padang golf di Republik Dominican pada Isnin mengakibatkan tujuh maut termasuk dua pelancong warga Britain.

Portal Mirror melaporkan pesawat kecil itu terhempas sejurus berlepas dari resort di Bavaro, di timur negara itu.

Juruterbang dikatakan cuba untuk membuat pendaratan cemas di padang golf dekat lapangan terbang namun pesawat itu terhempas sebelum terbakar.

Polis berkata, empat penumpang merupakan pelancong dari Sepanyol dan dua daripadanya adalah warga Britain.

Juruterbang merupakan warga Republik Dominican.

Pihak berkuasa penerbangan awam sedang menyiasat punca nahas. - MIRROR

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan