Morsi Dipenjara 20 Tahun

Diterbitkan: Selasa, 21 April 2015 5:23 PM

(Ubah saiz teks)

KAHERAH: Sebuah mahkamah di Mesir pada Selasa menjatuhkan hukuman penjara 20 tahun ke atas presiden yang digulingkan, Mohamed Morsi dan 12 defendan lain kerana terlibat dalam penunjuk perasaan ketika era pemerintahannya.

Bagaimanapun mahkamah mengetepikan tuduhan bunuh terhadap Morsi berhubung kematian seorang wartawan serta dua penunjuk perasaan lain pada 2012.

Morsi digulingkan oleh ketua tentera pada masa itu tetapi kini presiden, Abdel Fattah al-Sisi, pada 3 Julai 2013 selepas tunjuk perasaan di jalanan terhadap pemerintah beliau selama setahun.

Pihak berkuasa baharu pada masa itu kemudian bertindak terhadap penyokong Morsi sehingga menyebabkan lebih 1,400 orang terbunuh dan ribuan lagi dipenjara.

Ratusan penyokong beliau sudah dijatuhi hukuman mati selepas perbicaraan besar-besaran secara singkat yang disifatkan PBB sebagai "tidak pernah berlaku dalam sejarah".

Tags / Kata Kunci: Mohamed Morsi , Presiden Mesir

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan