Kapal Karam, 800 Pelarian Maut

Diterbitkan: Selasa, 21 April 2015 11:31 AM

(Ubah saiz teks)

CATANIA, Itali: Agensi pelarian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengesahkan seramai 800 pelarian terkorban selepas kapal yang mereka naiki karam di luar pantai Libya pada Ahad.

"Kami dapat katakan bahawa seramai 800 orang terkorban di lautan Mediterranean," kata jurucakap Duta Besar agensi pelarian PBB, Carlotta Sami pada Selasa.

Carlotta memberitahu, hasil temubual pihaknya dengan 27 pelarian yang terselamat mendakwa mereka diselamat oleh nelayan selepas kapal yang mereka naiki karam sejurus didekati sebuah vesel.

"Mereka yang terselamat merupakan kelompok kecil penumpang termasuk kanak-kanak berusia 10 hingga 12 tahun. Mereka merupakan warga Mali, Gambia, Senegal, Somalia, Eritrea and Bangladesh yang meninggalkan Tripoli pada pukul 8 pagi Sabtu," jelasnya.

Pihak berkuasa Itali setakat ini telah menemui 24 mayat dan belum mengesahkan jumlah kematian keseluruhan.

Polis Itali dalam pada itu telah menahan lelaki warga Syria dan Tunisia yang didakwa bertanggungjawab terhadap penyeludupan pelarian terbabit.

Tags / Kata Kunci: Itali , Libya , Mediterranean

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan