Australia Tahan Militan Rancang Serangan Berunsur Kekejaman IS

Diterbitkan: Sabtu, 18 April 2015 3:43 PM

(Ubah saiz teks)

SYDNEY: Dua lelaki ditahan di Melbourne kerana disyaki merancang melakukan serangan berunsurkan kumpulan Negara Islam (IS) menggunakan pisau dalam satu majlis memperingati tentera Kor Australia dan New Zealand (Anzac) yang berjuang dan berkorban untuk negara itu, pada Sabtu.

Sebanyak tujuh waran dikeluarkan di Melbourne oleh pasukan Anti-pengganas, dua bulan selepas Perdana Menteri Tony Abbott memberi amaran berhubung ancaman daripada militan yang semakin teruk.

Pihak polis berkata, dua lelaki berusia 18 tahun tersebut ditahan atas kesalahan berkaitan keganasan.

"Difahamkan bahawa kedua-dua lelaki tersebut sedang merancang serangan keganasan di Melbourne dan menyasarkan pegawai polis.

"Selain itu, sebahagian daripada rancangan utama mereka termasuklah melakukan serangan semasa majlis memperingati hari tentera Anzac," kata seorang polis persekutuan Victoria dalam satu kenyataan bersama.

Majlis kebangsaan yang paling penting di negara tersebut dijangka diadakan di bandar-bandar di seluruh negara pada 25 April untuk memperingati tentera Anzac yang berkhidmat dan berkorban untuk negara.

Majlis tersebut dianggap paling bermakna apabila mencapai tempoh selama seabad sejak kempen Perang Dunia 1 Gallipoli, yang kini adalah Turki.

Lebih 60,000 tentera Australia dan New Zealand menyertai Ekspedisi Pendaratan Bersekutu di Semenanjung pada tahun 1915, dan 11,500 daripada mereka tidak pernah kembali.

Penahanan tersebut dilakukan beberapa hari selepas Australia menghantar lebih 330 tentera ke Iraq selama dua tahun untuk melatih askar tempatan bagi  bertempur dengan militan termasuklah IS.

Selain itu, suspek lelaki ketiga berusia 18 tahun turut ditahan atas dakwaan bersenjata semasa serangan pada Sabtu bersama dua remaja lain berusia 18 dan 19 tahun untuk membantu siasatan.

Menurut pihak polis, serangan yang dipercayai menggunakan pisau dan pedang tersebut tidak mempunyai bukti yang kukuh untuk mengaitkan pembunuhan memancung kepala, iaitu salah satu kaedah pembunuhan paling digemari oleh militan.

"Setakat ini, tiada maklumat atau bukti mengenai rancangan penyembelihan, bagaimanapun serangan tersebut dipercayai menjadikan pegawai polis sebagai sasaran utama," kata Pemangku Timbalan Pesuruhjaya Polis Victoria, Shane Patton pada satu sidang akhbar.

"Terdapat bukti dan maklumat yang berjaya dikumpul di beberapa kawasan serangan dan pada masa sama mempercayai bahawa serangan ini adalah berunsurkan ISIS," katanya.

ISIS adalah nama lain yang digunakan untuk merujuk kepada kumpulan Negara Islam (IS).

Tags / Kata Kunci: Australia , IS

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan